Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA beri kontrak pasang penghadang bunyi bising di 16 tempat di 2 laluan MRT

PBT Engineering diberikan kontrak untuk mereka dan memasang penghadang bunyi bising kereta api sepanjang 5.5 kilometer di bawah fasa ketiga program penghadang bunyi bising kereta api, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
LTA beri kontrak pasang penghadang bunyi bising di 16 tempat di 2 laluan MRT

(Gambar: Ernest Chua/TODAY)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 03:02PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 03:04PM

SINGAPURA: PBT Engineering diberikan kontrak untuk mereka dan memasang penghadang bunyi bising kereta api sepanjang 5.5 kilometer di bawah fasa ketiga program penghadang bunyi bising kereta api, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (18 Okt).

Fasa ini akan meliputi 16 tempat, dari stesen Pasir Ris sehingga Kembangan di Laluan Timur Barat dan dari stesen Jurong East hingga ke Khatib di Laluan Utara Selatan.

"Apabila selesai pada 2023, penghadang bunyi bising itu dijangka mengurangkan tahap bunyi bising dari kereta api yang bergerak lalu kira-kira 5 hingga desibel," menurut LTA dalam satu kenyataan media.

Tender itu diumumkan pada Disember tahun lalu.

Termasuk fasa terbaru ini, keseluruhan penghadang bunyi bising yang akan dipasang di Singapura adalah sepanjang 27 kilometer.

Jenis penghadang bunyi bising itu bergantung pada tahap bunyi bising dan jenis landasan, menurut LTA. Penghadang separa tertutup akan dipasang di bahagian-bahagian selekoh tempat kereta api menukar landasan, kerana ia mempunyai keupayaan mengurangkan tahap bunyi bising yang lebih tinggi. Masa yang diambil untuk memasang penghadang bunyi bising sebegitu biasanya tiga kali ganda berbanding penghadang menegak yang akan dipasang di landasan lurus.

Menurut LTA, pemasangan penghadang bunyi bising itu di stesen di laluan Timur Barat dan Timur Laut "dipercepatkan kerana stesen MRT ditutup awal dan dibuka lewat".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan