Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA beri geran, cari huraian cabaran pengangkutan S'pura

Dari menggunakan data analitik untuk menyingkatkan perjalanan menggunakan pengangkutan awam, kepada mempertingkatkan operasi bas menerusi kajian model dan simulasi.

Anggaran Waktu Membaca:
LTA beri geran, cari huraian cabaran pengangkutan S'pura

(Gambar fail: TODAY).

Diterbitkan : 03 Jan 2018 03:34PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 03:39PM

SINGAPURA: Dari menggunakan data analitik untuk menyingkatkan perjalanan menggunakan pengangkutan awam, kepada mempertingkatkan operasi bas menerusi kajian model dan simulasi, pihak berkuasa mengumumkan hari ini (3 Jan) bahawa ia sedang berusaha mendapatkan saranan bagi memperbaiki sistem pengangkutan darat Singapura.

Dua geran yang dilancarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi mempelawa para pengkaji dan perusahaan untuk membentangkan saranan kajian dan pengembangan (R&D) dalam empat bidang.

Pertama, para pengkaji dipelawa untuk menggunakan analitik data untuk mengenal pasti masalah dan menawarkan huraian baru untuk menyingkatkan masa perjalanan pengangkutan awam. Huraian yang diusulkan boleh merangkumi teknologi baru bagi bayaran tambang yang menyingkatkan masa yang diperlukan untuk naik turun bas dan garisan lorong dinamik untuk memberikan keutamaan kepada bas di jalan raya, menurut LTA.

Kedua, LTA sedang mencari cara baru untuk memenuhi permintaan pengangkutan awam, khususnya pada waktu sibuk, dengan menggunakan sumber yang sedia ada dengan cekap ataupun mengurangkan sumber. Tujuannya adalah, menurut pihak berkuasa, bagi memastikan pengangkutan awam terus dalam kemampuan ramai dan menjadi pilihan penumpang - contohnya dengan menggunakan hasil kajian model dan simulasi untuk mempertingkatkan operasi bas.

Ketiga, mendapatkan saranan bagi bagaimana jalan raya Singapura - yang membentuk 12 peratus kawasan darat - boleh digunakan dengan lebih baik dan bagaimana huraian yang diusulkan boleh dimanfaatkann sebaiknya. Huraian tersebut juga harus mengenal pasti "cabaran dan pertimbangan bagi pelbagai reka bentuk bandar," menurut LTA.

Huraian-huraian ini bertujuan untuk mengurangkan ruang jalan raya supaya ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain.

Akhir sekali, pihak berkuasa juga sedang mendapatkan saranan untuk meningkatkan ketepatan mengukur penggalian tanah, yang membolehkan pembinaan depot bawah tanah bagi analisis isi padu.

"Isi padu penggalian harus diukur dengan tepat untuk memantau kadar penggalian dan faktor-faktor seperti mutu tanah," jelas LTA.

Ia turut mencari model tiga dimensi yang pantas dan diyakini bagi analisis rekod dan data.

Kedua-dua geran tersebut dibuka kepada semua pertubuhan R&D di Singapura. Ini termasuk institut pengajian tinggi yang menerima dana awam, institut kajian bukan mencari untung, agensi sektor awam, firma-firma, dan syarikat yang ada kaitan dengan entiti kajian.

Tawaran ini akan ditutup pada 21 Februari. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman atau portal LTA.
 

Sumber : Today/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan