Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA bakal luluskan lesen bagi 6 syarikat basikal sewa

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan hari ini (28 Sep) bahawa ia akan meluluskan lesen bagi enam syarikat pengendali khidmat kongsi basikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Sep 2018 07:05PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 11:30PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan hari ini (28 Sep) bahawa ia akan meluluskan lesen bagi enam syarikat pengendali khidmat kongsi basikal.

Ini menyusuli pembentangan Rang Undang-undang di parlimen pada Mac lalu, yang bertujuan menangani perbuatan meletak basikal sembarangan.

Lesen-lesen penuh diluluskan untuk Mobike, ofo dan SG Bike yang dibenarkan mengendalikan 3,000 hingga 25,000 basikal.

Anywheel, Grabcycle dan Qiqi Zhixiang pula diberikan lesen 'sandbox' untuk mengendalikan antara 500 hingga 1,000 basikal.

Mereka kurang atau tiada pengalaman mengendalikan khidmat kongsi basikal di Singapura.

Lesen 'sandbox' bertujuan menggalak inovasi dan mengurangkan halangan kepada kemasukan syarikat pengendali baru.

Di bawah skim itu, mereka akan diberi lesen mengendalikan sehingga 1,000 basikal dan perlu mematuhi sebahagian syarat-syarat perlesenan penuh, supaya mereka boleh belajar cara mengendalikan basikal-basikal mereka.

Pemohon ketujuh, GBikes pula tidak diberikan lesen kerana tidak memenuhi syarat penilaian, termasuk syarat berkaitan keutuhan pelan perlaksanaan yang dikemukakan.

Menurut LTA, kadar purata penggunaan bagi keseluruhan jumlah khidmat kongsi basikal di Singapura adalah rendah dengan lebih kurang satu perjalanan setiap hari.

Para pemegang lesen kini perlu menentukan jumlah basikal sesuai yang boleh dikendalikan.

LTA sering menyemak jumlah basikal yang boleh dikendalikan dan pihak syarikat boleh memohon untuk menambah jumlah basikal dua kali setahun. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan