Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA arahkan oBike tarik semula basikal terbiar sebelum 4 Julai

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengarahkan syarikat basikal sewa oBike untuk bekerjasama dengan syarikat pembubarnya untuk menarik semula basikal-basikalnya dari tempat awam sebelum 4 Julai, menurut kenyataannya hari ini (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
LTA arahkan oBike tarik semula basikal terbiar sebelum 4 Julai

Dua basikal diletakkan di tepi jalan raya.

Diterbitkan : 28 Jun 2018 11:38PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 11:40PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengarahkan syarikat basikal sewa oBike untuk bekerjasama dengan syarikat pembubarnya untuk menarik semula basikal-basikalnya dari tempat awam sebelum 4 Julai, menurut kenyataannya hari ini (28 Jun).

LTA turut menyatakan bahawa arahan tersebut diberi agar tempat awam tidak berselerak dengan basikal-basikal yang tidak boleh disewa lagi.

"Jika terdapat oBike yang tidak ditarik semula selepas tarikh itu, LTA akan membuangnya secara bertahap-tahap," demikian menurut kenyataan itu.

"oBike atau penyelesainya dikehendaki membayar yuran menunda dan menyimpan untuk mendapatkan semula basikal-basikal yang diimpaun LTA. Selain itu, LTA dan CASE sudahpun menekankan tentang perlunya oBike memulangkan semula wang deposit para pengguna yang dibayar sebelum ini," tambah LTA.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas LTA mendampingi oBike berhubung rancangannya untuk berhenti beroperasi, di tengah-tengah keprihatinan tentang sekitar 14,000 basikal yang buat masa ini terbiar di jalan raya, laluan pejalan kaki dan taman di seluruh negara.

Dalam satu langkah mengejutkan, pengendali basikal sewa itu pada Isnin (25 Jun), mengumumkan bahawa ia berhenti beroperasi di Singapura kerana sukar untuk memenuhi keperluan baru yang ditentukan LTA bagi membanteras kes meletak basikal sebarangan.  

Sumber : CNA/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan