Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LPA satu perlindungan jika hilang upaya mental, masyarakat Melayu digesa buat permohonan awal

Lebih ramai Melayu-Islam digesa membuat permohonan awal bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih ramai Melayu-Islam digesa membuat permohonan awal bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA).

Ini bagi melindungi kepentingan mereka jika hilang keupayaan mental untuk membuat keputusan.

Demikian ditekankan Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu Simposium LPA, anjuran Jamiyah dengan sokongan Sekolah Undang-Undang NUS.

Isu keupayaan mental dan persiapan akhir hayat sememangnya sesuatu yang sukar untuk dibincangkan. Namun, ia penting dalam mempersiapkan diri demi ketenangan fikiran sendiri dan orang yang tersayang.

Bagi menekankan lagi pentingnya isu itu, Profesor Madya Faishal turut berkongsi pengalaman beliau sendiri dalam membuat permohonan LPA.

"Saya juga sudah membuat LPA. Apabila saya mendapat surat pengesahan itu saya rasa lega. Saya rasa tenang kerana saya tahu apabila saya kehilangan mental, mereka yang saya memberi kuasa boleh memikirkan dan melakukan yang terbaik bagi saya," kata Dr Faishal.

Tambah beliau, ini penting dengan profil penduduk yang semakin menua dan data yang menunjukkan 10 peratus rakyat Singapura berusia 60 tahun ke atas mengalami demensia.

Lantas, LPA dapat mengukuhkan lagi sokongan warga tua supaya dapat menjalani hari-hari tua dengan lebih bermutu.

"Kami harap melalui simposium ini kami dapat meningkatkan lagi kesedaran para peserta tentang LPA dan harap-harap mereka dapat memberi nasihat kepada kawan-kawan, sanak-saudara mereka tentang kepentingan LPA," ujar Nur Afiqah Ashefjah, mahasiswa undang-undang NUS.

Sempena simposium tadi, Jamiyah memberi pengiktirafan kepada 32 kakitangan Darul Syifa yang menjalani latihan kepimpinan dan pengurusan untuk meningkatkan mutu jagaan warga tua. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan