Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lori terbakar di Changi North Crescent

Sebuah lori terbakar di Changi North Crescent petang tadi (2 Mar).

Anggaran Waktu Membaca:
Lori terbakar di Changi North Crescent

(Gambar: Abg Adi/ Facebook)

Diterbitkan : 02 Mar 2018 05:58PM Dikemas Kini : 03 Mar 2018 12:19AM

SINGAPURA: Sebuah lori terbakar di Changi North Crescent petang tadi (2 Mar).

Video yang tersebar online menunjukkan bahagian depan lori tersebut hangus dijilat api dan asap tebal kelihatan di tempat kejadian.

Beberapa pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilihat cuba memadamkan api tersebut.

Menurut SCDF, ia dimaklumkan tentang kejadian itu pada sekitar 2.00 petang. SCDF berjaya memadamkan api menggunakan dua jet air.

Tiada yang dilaporkan cedera dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kebakaran, tambah SCDF. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan