Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lonjakan jumlah permohonan serentak cetus gangguan pada laman SafeTravel

Lonjakan dalam jumlah permohonan bagi pas laluan perjalanan penumpang sudah divaksin (VTL) mencetuskan gangguan pada laman SafeTravel selama sekitar lima jam pada Isnin (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lonjakan jumlah permohonan serentak cetus gangguan pada laman SafeTravel

(Gambar: fizkes/iStock)

Diterbitkan : 22 Nov 2021 11:03PM Dikemas Kini : 22 Nov 2021 11:04PM

SINGAPURA: Lonjakan dalam jumlah permohonan bagi pas laluan perjalanan penumpang sudah divaksin (VTL) mencetuskan gangguan pada laman SafeTravel selama sekitar lima jam pada Isnin (22 Nov).

Sistem itu hanya kembali pulih pada pukul 3.00 petang, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan.

ICA menyatakan terdapat "lonjakan dalam permohonan serentak" di laman itu apabila portal bagi VTL dibuka kepada pelawat dari Malaysia dan Indonesia pada pukul 10.00 pagi tadi.

Ini menimbulkan gangguan pada sistem.

ICA menyatakan ia kesal atas kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada para pemohon atas pemahaman mereka.

Ia menambah tiada kuota dikenakan bagi pas-pas yang dikeluarkan untuk perjalanan udara.

Ia menekankan bahawa rakyat Singapura dan penduduk tetap Singapura tidak perlu memohon bagi pas untuk memasuki negara ini di bawah skim VTL.

Pada awal November, pihak berkuasa mengumumkan bahawa Singapura dan Malaysia akan melancarkan laluan VTL antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mulai 29 November.

Di bawah skim itu, para pelawat lengkap divaksin boleh melakukan perjalanan antara Singapura dengan Malaysia dan hanya perlu menjalani ujian COVID-19 bagi menggantikan perintah kuarantin atau notis jangan keluar rumah.

Sebagai permulaan, enam penerbangan harian dari Lapangan Terbang Changi di Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia ditawarkan di bawah skim itu.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan