Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Loji kitar semula baru di Tuas South Ave 2 dibuka pada 2020

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengesahkan sebuah loji kitar semula baru akan dibuka pada tahun depan, dalam usaha membina keupayaan mengitar semula bahan sisa.  

Anggaran Waktu Membaca:
Loji kitar semula baru di Tuas South Ave 2 dibuka pada 2020

Gambar hiasan. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 01 May 2019 05:34PM Dikemas Kini : 01 May 2019 06:16PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengesahkan sebuah loji kitar semula baru akan dibuka pada tahun depan, dalam usaha membina keupayaan mengitar semula bahan sisa.

Perkara itu diumumkan sedang kadar kitar semula terus susut akibat sekatan terhadap sisa plastik di rantau ini.

Sisa plastik di Singapura terus meningkat, dengan hampir 950,000 tan dihasilkan pada tahun lalu.

Namun, hanya 4 peratus bahan sisa yang dapat dikitar semula berbanding 6 peratus pada 2017.

Malah, kadar kitar semula plastik umumnya terus merosot sejak 2013 ekoran perubahan pada permintaan sejagat bagi bahan plastik yang boleh dikitar semula.

Malaysia dan China pada tahun lalu tidak lagi mengimport sisa plastik atas faktor-faktor alam sekitar.

Proses pemilihan yang dijalankan oleh pihak pengimport juga dikatakan lebih ketat.

Maka itu Singapura merancang untuk membina keupayaannya dalam mengitar semula bahan-bahan sisa.

Apabila loji kitar semula di Tuas South Ave 2 mula beroperasi pada tahun depan, sekurang-kurangnya 300 tan sisa boleh diproses setiap hari.

Kemudahan itu juga dapat menghasilkan bahan api menerusi proses rawatan biologi yang dijalankan.

NEA menambah, ia turut meninjau huraian-huraian dan teknologi baru untuk dilaksanakan di Singapura.   

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan