Logo peringati 200 tahun kedatangan Raffles ke S'pura dilancar; cerminkan transformasi negara
Logo bagi memperingati dua abad sejak ketibaan Stamford Raffles ke Singapura pada 1819, dilancarkan hari ini (3 Dis).
SINGAPURA: Logo bagi memperingati dua abad sejak ketibaan Stamford Raffles ke Singapura pada 1819, dilancarkan hari ini (3 Dis).
Dihiasi tujuh bentuk yang berbagai-bagai, setiap satu menggambarkan jangka masa sepanjang se abad.
Bulatan di logonya pula mencerminkan transformasi Singapura menyusuri jejak masa, bukan sahaja sepanjang 200 tahun lalu, malah sejak 500 tahun lalu.
Bagi menggambarkan evolusi yang dilalui negara dari sebuah lokasi yang strategik dari segi ilmu alam, sehingga berkembang menjadi sebuah negara yang unik, pihak penganjur perayaan itu mahu menyusuri sejarah seawal 1819.
Melalui logo itu, ia diharap agar rakyat Singapura dapat mengenang semula kisah kemajuan yang dicapai sebuah negara kecil, yang lebih dikenali sebagai satu titik merah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.