Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Liyana Dhamirah kongsi kisah 'di bawah khemah' semasa hamil dalam buku 'Homeless'

Terpaksa tinggal di bawah khemah selama tiga bulan semasa hamil anak ketiga, di tengah-tengah kemelut rumah tangga tanpa rumah tetap pada pagi Hari Raya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Terpaksa tinggal di bawah khemah selama tiga bulan semasa hamil anak ketiga, di tengah-tengah kemelut rumah tangga tanpa rumah tetap pada pagi Hari Raya.

Inilah detik hitam yang diharungi Cik Liyana Dhamirah Selamat pada usia muda 22 tahun, 10 tahun lalu.

SAAT 'PALING MENYEDIHKAN' DALAM HIDUP

Hilang tempat teduh dan sumber pendapatan selepas berhenti kerja sepenuh masa, Cik Liyana akur itulah saat ‘paling menyedihkan’ dalam hidupnya.

"Mula-mula saya ingatkan dalam tiga hari atau seminggu, macam untuk sementara tapi tak sangka berlanjutan sampai tiga bulan di sana.

"Dah tak boleh bekerja, tak ada rumah, jadi macam terumbang-ambing, jadi waktu itu saya mencari erti kenapa saya ada, kenapa saya wujud dalam dunia ini," luah Cik Liyana, 32 tahun.

Proses meminta bantuan yang mengambil masa yang panjang, dek banyak dokumen yang musnah akibat hujan merumitkan lagi keadaan beliau yang sudahpun sukar ketika itu.

"Di luar, selalu hujan, cuaca yang tidak dapat dikawal. Daripada situ, musnahlah, kertas-kertas dan fail-fail kalau nak minta bantuan. Kalau dah hujan, basah, dah susah," kongsi Cik Liyana.

KINI PENGASAS SYARIKAT & PENULIS BUKU

Beliau bukan sahaja berjaya bangkit dari pengalaman sulitnya itu. Cik Liyana kini seorang pengasas syarikat khidmat bantuan maya Virtual Assistants Singapore, malah turut bergelar penulis buku berjudul 'Homeless: The Untold Story of a Mother's Struggle in 'Crazy Rich' Singapore'.

Buku tersebut bakal dilancarkan bulan depan.

"Kalau tak terjadinya kesalahan itu, tak akan kita pelajari dan tak akan kita cari cara jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu," ujar beliau, yang bakal menamatkan diploma separuh masa dalam pengurusan perniagaan bulan depan.

Yang pasti, Cik Liyana bukan sahaja berjaya bangkit dengan semangat dan kerjaya baru, malah juga membina semula hidup di rumah baru bersama suami dalam perkahwinan kedua dan bakal menyambut kelahiran anak yang baru.

Jika 10 tahun lalu, Cik Liyana berteduh di bawah khemah semasa hamil, kini beliau berkongsi 'kisahnya di bawah khemah' - sebagai seorang wanita matang dan penulis buku berwibawa.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan