Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lion City Rentals milik Uber mahu pikat penyewa biasa

Pengendali sewa kenderaan milik Uber, Lion City Rentals (LRC) dikenali sebagai syarikat yang menyewakan kereta sewa swasta kepada para pemandu sepenuh masa yang bertugas bagi wadah khidmat kereta sewa privet di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Lion City Rentals milik Uber mahu pikat penyewa biasa

Pengurus Besar Lion City Rentals, Pascal Ly. (Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 10:49PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 10:53PM

SINGAPURA: Pengendali sewa kenderaan milik Uber, Lion City Rentals (LRC) dikenali sebagai syarikat yang menyewakan kereta sewa swasta kepada para pemandu sepenuh masa yang bertugas bagi wadah khidmat kereta sewa privet di Singapura.

Syarikat itu bagaimanapun kini sedang menimbangkan untuk memperluaskan skop perniagaannya untuk memikat para penyewa biasa, kata Pengurus Besar LCR Pascal Ly pada Khamis (25 Okt).

Encik Ly menerangkan dalam satu taklimat media bahawa syarikat itu sedang berusaha untuk memikat rakan-rakan atau pasangan yang ingin menyewa kenderaan bagi percutian atau mereka yang ingin menggunakan kenderaan untuk memindahkan barangan berat.

Bagi mencapai matlamat itu, Encik Ly berkata LCR akan menawarkan insentif seperti skim kesetiaan, tempoh sewa yang lebih singkat sehingga seminggu, dan bayaran yang lebih berdaya saing, seperti menyewakan kereta jenis Mazda 3 pada harga S$390 seminggu.

Syarikat itu menyatakan bahawa para penyewa biasa boleh menggunakan khidmatnya dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

LCR, yang ditubuhkan pada tahun 2015, sebelum ini menyediakan khidmat sewa bagi para pemandu di Singapura. Bagaimanapun setelah Grab memperolehi perniagaan serantau Uber pada bulan Mac, LCR kini membekalkan kereta-kereta kepada para pemandu Grab.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan