Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lindungi diri anda dengan MediShield Hayat untuk melunaskan bil hospital

Setiap rakyat Singapura dilindungi sepanjang hayat di bawah insurans kesihatan asas seperti MediShield Hayat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lindungi diri anda dengan MediShield Hayat untuk melunaskan bil hospital

(Gambar: CPF)

Diterbitkan : 27 Nov 2020 02:01AM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 10:55PM

SINGAPURA: Malang tidak berbau.

Lantaran itu, wajar untuk kita sentiasa mempersiapkan diri dari segi kewangan supaya sudah bersedia sekiranya dilanda musibah kelak.

Setiap rakyat Singapura dilindungi sepanjang hayat di bawah insurans kesihatan asas seperti MediShield Hayat.

Perlindungannya meliputi pembayaran bil-bil hospital yang tinggi sepanjang hayat mereka, tanpa mengira usia mahupun keadaan kesihatan.

MediShield Hayat mencukupi untuk digunakan bagi rawatan asas di hospital. Misalnya, jika anda dimasukkan ke hospital, MediShield Hayat akan membuat pembayaran yang secukupnya bagi menampung kos rawatan di Wad Kelas B2 atau C di hospital-hospital awam.

Perlindungan insurans seperti Pelan Perlindungan Bersepadu (IP) pula adalah pilihan yang tidak diwajibkan, untuk memenuhi keperluan mereka yang mahu mendapatkan perlindungan tambahan bagi kos-kos tambahan kerana dirawat di Kelas A atau B1 atau hospital-hospital privet.

Premium bagi IP lazimnya lebih tinggi dan terus meningkat sedang usia anda meningkat.

Meskipun rakyat Singapura mampu membayar premium MediShield Hayat sepenuhnya daripada akaun MediSave, adanya Had Pengeluaran Wang Medisave Yang Lebih Tinggi (AWL) membolehkan rakyat Singapura membayar sebahagian premium IP mereka juga menerusi MediSave.

Hubungi penasihat kewangan anda untuk menilai kedudukan kewangan anda dan membuat perancangan yang sewajarnya agar perlindungan insurans yang dilanggani dapat dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang hayat anda.

Amat penting sekali untuk anda membuat perancangan yang teliti dan berhemah dan mendapatkan pelan perlindungan mengikut kemampuan dan kedudukan kewangan anda sambil memberi perhatian kepada keperluan jagaan kesihatan anda. Semasa membuat perancangan, jangan hanya memikirkan jumlah premium yang perlu dibayar sekarang.

Sebaliknya, pertimbangkan juga kemampuan anda untuk membayar premium apabila mencecah usia tua kelak dan sudah tiada pendapatan. Ini kerana semakin usia anda meningkat, begitu juga jumlah premium yang perlu dibayar.

Maka, pertimbangkan kemampuan jangka panjang membayar premium dan rancangan perlindungan insurans sewajarnya.

Ini kerana memastikan anda dilindungi insurans yang boleh dimampui adalah sebahagian daripada perkara asas untuk bersara dan meniti usia senja dengan lebih tenang.

Ketahui bagaimana CPF menyokong perancangan masa depan anda. Perinciannya boleh didapatkan di cpf.gov.sg/BeReady.  

(Rencana ini adalah iklan dari Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan