Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Liga Perdana England uji teknologi alat perlindungan mulut bagi kajian kecederaan otak

Para pemain dari dua kelab Liga Perdana England akan memakai alat perlindungan mulut yang dipasang dengan mikrocip dalam sesi latihan untuk membantu memantau kesan tandukan sebagai sebahagian daripada kajian mengenai kecederaan otak, lapor BBC.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana England uji teknologi alat perlindungan mulut bagi kajian kecederaan otak

(Gambar fail: AP/Paul Ellis, Pool)

Diterbitkan : 25 Mar 2021 05:53PM Dikemas Kini : 25 Mar 2021 05:56PM

LONDON: Para pemain dari dua kelab Liga Perdana England akan memakai alat perlindungan mulut yang dipasang dengan mikrocip dalam sesi latihan untuk membantu memantau kesan tandukan sebagai sebahagian daripada kajian mengenai kecederaan otak, lapor BBC.

Alat perlindungan mulut itu yang sudah digunakan dalam kesatuan ragbi dan liga ragbi, akan mengumpulkan dan mengirim data kepada kakitangan kejurulatihan dan perubatan dalam masa nyata untuk menunjukkan bagaimana tandukan bola menjejas otak.

Laporan itu tidak mengenal pasti kelab-kelab yang terlibat tetapi menyatakan bahawa Liga Perdana England mahu kajian itu selesai dalam beberapa bulan sedang isu demensia dalam pertandingan profesional semakin menimbulkan keprihatinan ekoran kematian Nobby Stiles dari England.

Stiles telah didiagnos mengalami demensia, bersama dengan ramai rakan sepasukannya yang memenangi Piala Dunia 1966 termasuk Jack dan Bobby Charlton.

Para pengurus Liga Perdana England menyeru larangan tandukan dalam latihan jika kajian menunjukkan ia boleh membawa kepada demensia, sementara Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) menggesa kelab-kelab, liga-liga dan FA untuk membangunkan kaedah bagi memantau latihan dan melindungi para pemain.

Ketua pegawai perubatan FA, Charlotte Cowie, berkata bahawa badan pentadbiran itu telah mengesyorkan perubahan dalam latihan sebagai rujukan garis pandu bagi pemain profesional.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan