Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Levi pekerja asing ditiadakan untuk April: DPM Heng

Levi pekerja asing ditiadakan bagi bulan April manakala Skim Bantuan Pekerjaan dipertingkat sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan sokongan untuk perniagaan semasa tempoh "memutuskan rantaian jangkitan COVID-19".

Anggaran Waktu Membaca:
Levi pekerja asing ditiadakan untuk April: DPM Heng

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 02:23PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 02:25PM

SINGAPURA: Levi pekerja asing ditiadakan bagi bulan April manakala Skim Bantuan Pekerjaan dipertingkat sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan sokongan untuk perniagaan semasa tempoh "memutuskan rantaian jangkitan COVID-19".

Mengumumkan demikian dalam satu catatan Facebook hari ini (4 Apr), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata butiran lanjut mengenai sokongan tambahan itu akan diberikan dalam kenyataan menteri di Parlimen pada Isnin (6 Apr).

"Bulan ini memang sukar bagi banyak perniagaan. Bantuan tambahan akan diberikan," kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan. "Saya berharap perniagaan dapat menempuhi bulan ini, kekalkan pekerja anda dan sambung semula kegiatan sebaik sahaja langkah memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ditarik balik. Secara bersama, kita dapat mengharungi krisis ini."

Pada Jumaat, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan beberapa langkah lebih ketat sebagai "memutuskan rantaian jangkitan COVID-19" bagi mengekang jumlah kes COVID-19 yang meningkat. Antara langkah-langkah yang diumumkan adalah menutup semua tempat kerja kecuali yang menyediakan khidmat penting atau dalam sektor utama ekonomi selama sebulan mulai Selasa depan.

Encik Heng berkata: "Kami melaksanakan langkah-langkah yang menyakitkan tetapi diperlukan ini untuk melindungi nyawa. Lebih tegas langkah yang kita ambil, lebih besar gangguan dan kosnya kepada perniagaan. Kami kekal komited untuk melindungi pekerjaan dan mata pencarian semasa tempoh ini."

Encik Heng menarik perhatian bahawa banyak perniagaan sedang meneliti aliran tunai mereka dan melakarkan aturan alternatif sepanjang hujung minggu.

"Saya faham keprihatinan anda. Sebab itu saya sedang bekerjasama dengan pasukan saya di Kementerian Kewangan, bersama dengan agensi-agensi pemerintah lain, untuk meningkatkan lagi sokongan bagi perniagaan semasa tempoh "memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini", tambah beliau.

Pada Selasa, Pemerintah juga akan meluluskan rang undang-undang di Parlimen bagi memastikan rebat cukai hartanah disalurkan kepada para penyewa.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan