Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Letupan kedengaran di Hotel Carlton di Bugis, bekalan elektrik dilaporkan terputus

Bunyi letupan dari Carlton Hotel di Bras Basah dilaporkan pada Khamis petang (14 Feb) dan bekalan elektrik dikatakan terputus di kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan kedengaran di Hotel Carlton di Bugis, bekalan elektrik dilaporkan terputus

Kenderaan SCDF di luar Carlton Hotel pada 14 Feb (Gambar: Facebook/Jun Long)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 03:06PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 03:08PM

SINGAPURA: Bunyi letupan dari Carlton Hotel di Bras Basah dilaporkan pada Khamis petang (14 Feb) dan bekalan elektrik dikatakan terputus di kawasan itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya memberi respons kepada satu insiden kebakaran di 76 Bras Basah Road, iaitu alamat hotel tersebut.

Gambar-gambar di media sosial menunjukkan kenderaan-kenderaan SCDF di kawasan hotel.

Pengguna Facebook Ricardo Sentosa memuat naik video di wadah media sosial itu menunjukkan kepulan asap dan pintu hotel yang hangus terbakar.

Beliau berkata "letupan kecil" kedengaran sekitar 1.20 petang, disusuli satu lagi letupan tidak lama kemudian.

Warga siber juga melaporkan bekalan elektrik terputus di pejabat-pejabat serta stesen-stesen MRT di kawasan Bugis. Namun belum jelas jika kesemua kejadian ini bersangkut paut.

SP Group mengesahkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan di tengah Singapura terjejas.

"Para pegawai kami dengan segera dikerahkan ke kawasan terjejas dan keutamaan kami adalah untuk memulihkan bekalan elektrik dengan pantas dan selamat," menurut catatan Facebook syarikat itu.

"Bekalan tenaga sudah dipulihkan di kebanyakan lokasi terjejas."

SP Group menyatakan pihaknya sedang menyiasat punca insiden.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan