Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lesen Royal Taj Catering digantung setelah 29 orang jatuh sakit

 Lesen Royal Taj Catering digantung pada Khamis (7 Nov) sehingga diberitahu kelak selepas 29 pelanggan jatuh sakit akibat radang perut dan usus (gastroenteritis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lesen Royal Taj Catering digantung setelah 29 orang jatuh sakit

Gambar fail. (Gambar: Unsplash/Asiya Kiev)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 09:50PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 09:54PM

SINGAPURA: Lesen Royal Taj Catering digantung pada Khamis (7 Nov) sehingga diberitahu kelak selepas 29 pelanggan jatuh sakit akibat radang perut dan usus (gastroenteritis).

Seorang pelanggan dimasukkan ke hospital setelah memakan makanan yang disediakan oleh katerer itu pada 2 Nov dan kini sudahpun dibenarkan keluar dari hospital, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan bersama.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa ia mengesan "beberapa kelemahan kebersihan" semasa siasatan dijalankan.

Royal Taj Catering, yang terletak di 171 Kampong Ampat, terkenal dengan hidangan India dan Antarabangsa, menurut laman syarikat itu.

"Kesemua pengendali makanan yang bekerja di premis yang digantung itu diwajibkan menghadiri semula dan lulus Kursus Kebersihan Makanan Asas sebelum mereka boleh menyambung tugas sebagai pengendali makanan," menurut MOH dan SFA.

Para pegawai kebersihan makanan yang bekerja di syarikat itu juga diwajibkan menghadiri semula dan lulus Kursus Pejabat Kebersihan Makanan sebelum mereka boleh meneruskan tugas sebagai para pegawai.

Syarikat itu juga perlu membersihkan premis, termasuk peralatan dan perkakas dapur.
SFA menambah bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan