Images
  • eng
    Eng's Heritage di Northpoint City. (Gambar: Facebook/ENG's Wantan Noodle)

Lesen Eng's Heritage di Northpoint City digantung setelah 26 orang jatuh sakit

SINGAPURA: Lesen Eng's Heritage di Northpoint City sudah digantung sehingga notis lanjut ditengah-tengah jangkitan gejala radang perut dan usus (gastroenteritis) yang sedang menular, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (13 Jan).

26 orang dilaporkan mengalami simptom gastroenteritis setelah makan makanan yang disediakan oleh Eng’s Heritage antara 7 Jan hingga 9 Jan, menurut kenyataan media bersama MOH dan NEA.

Lima orang kini dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil, dengan satu kes tambahan sudah pun dibenar keluar hospital.

"Semua pengendali makanan yang bekerja di premis yang digantung beroperasi diwajibkan untuk menghadiri semula dan lulus kursus kebersihan makanan asas sebelum mereka boleh sambung semula kerja sebagai pengendali makanan," menurut MOH dan SFA.

Para pegawai kebersihan makanan dilantik yang bekerja di syarikat itu juga diwajibkan untuk menghadiri semula dan lulus kursus pegawai kebersihan makanan sebelum mereka boleh sambung semula kerja sebagai pegawai.

Eng's Heritage juga diwajibkan untuk membersihkan premis itu, termasuk peralatan dan perkakas dapur.

SFA menambah bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran.

- CNA/NA/na

Top