Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lesen ejen pelancongan, Asian Travels Network digantung

Lesen ejen pelancongan, Asian Travels Network, sudah digantung sehingga diberitahu kelak. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lesen ejen pelancongan, Asian Travels Network digantung

Laluan masuk dewan keberangkatan di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 09:04PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 09:06PM

SINGAPURA: Lesen ejen pelancongan, Asian Travels Network, sudah digantung sehingga diberitahu kelak.

Menurut Lembaga Pelancongan Singapura STB, penggantungan lesen itu berkuat kuasa sejak 4 April lalu.

Semasa tempoh penggantungan itu, Asian Travels Network dikehendaki memenuhi tanggungjawab kepada para pelanggannya yang ada sekarang.

Bagaimanapun, ia tidak dibenarkan menerima tempahan pelancongan baru.

STB menyatakan, penggantungan itu disebabkan oleh kegagalan ejen pelancongan tersebut menyerahkan penyata akaunnya yang sudah diaudit dalam masa enam bulan selepas tahun kewangannya berakhir.

Menurut STB lagi, kegagalan syarikat itu berbuat demikian menimbulkan kebimbangan mengenai keupayaannya untuk memenuhi syarat-syarat minimum kewangan seperti yang diwajibkan di bawah Peraturan Ejen Pelancongan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan