Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lesen cawangan Punggol KFC digantung

Lesen cawangan KFC di Oasis Terraces, Punggol digantung untuk dua minggu sejak Selasa (6 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lesen cawangan Punggol KFC digantung

Gambar fail ayam goreng asli KFC. (Gambar: KFC Singapore)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 02:30PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 02:32PM

SINGAPURA: Lesen cawangan KFC di Oasis Terraces, Punggol digantung untuk dua minggu sejak Selasa (6 Apr).

Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).

Cawangan itu yang terletak di 168 Punggol Drive sudah mengumpul 12 mata demerit dalam tempoh 12 bulan bagi dua kesalahan melibatkan "penjualan makanan tidak bersih atau mengandungi bahan asing", menurut SFA.

Cawangan KFC itu juga dikenakan denda S$800.

Di bawah sistem mata SFA, pemegang lesen yang mengumpulkan 12 mata demerit dalam tempoh 12 bulan mungkin digantung lesen untuk dua atau empat minggu atau ditarik balik lesennya.

"Semua pengendali makanan yang bekerja di premis yang digantung operasinya itu juga perlu menghadiri dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1 sekali lagi, sebelum boleh kembali bekerja sebagai pengendali makanan," menurut agensi itu dalam notis yang dimuat naik di lamannya.

"SFA memandang serius kesalahan-kesalahan tersebut dan ingin mengingatkan semua pengendali makanan supaya memastikan amalan kebersihan makanan dan diri yang baik setiap waktu, dan hanya mendapatkan khidmat pengendali makanan yang berdaftar.

"SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan