Ler Teck Siang, doktor dalam kes bocor data HIV dijel bagi kesalahan dadah
Doktor yang terlibat dalam pembocoran data 14,000 pesakit HIV dijatuhi hukuman penjara 15 bulan hari ini (17 Okt) kerana kesalahan berkaitan dadah.
SINGAPURA: Doktor yang terlibat dalam pembocoran data 14,000 pesakit HIV dijatuhi hukuman penjara 15 bulan hari ini (17 Okt) kerana kesalahan berkaitan dadah.
Dr Ler Teck Siang akan menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara selama dua tahun yang sedang dijalaninya kerana bersubahat dengan pasangan Mikhy Farrera Brochez untuk menipu Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berhubung status positif HIV Brochez dan memberikan maklumat palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH) dan Polis.
Dr Ler, 34 tahun yang merupakan bekas ketua Unit Kesihatan Awam Kebangsaan di Kementerian Kesihatan dijatuhi hukuman hari ini (17 Okt) bagi dua kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Dia didapati bersalah sengaja membantu Sim Eng Chee, bekas tutor dan konsultan untuk mengambil dadah methamphetamine.
Dia juga didapati bersalah memiliki jarum untuk menyuntik dadah terlarang itu.
Kedua-dua lelaki itu ditangkap pada 2 Mac tahun lalu di Hotel Conrad Centennial.
Pendaftaran perubatan Dr Ler digantung selama sembilan bulan, umum Majlis Perubatan Singapura pada Mac tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.