Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lembap hurai krisis politik Myanmar akan jejas kewibawaan ASEAN, kata PM Lee

Kemajuan lembap dalam menghuraikan krisis politik di Myanmar akan membawa padah kepada rakyatnya dan juga kewibaan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai sebuah pertubuhan yang berlandaskan peraturan. Demikian kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lembap hurai krisis politik Myanmar akan jejas kewibawaan ASEAN, kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menghadiri Sidang Puncak ASEAN ke-38 secara maya pada 26 Okt 2021. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 04:51PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 04:52PM

SINGAPURA: Kemajuan lembap dalam menghuraikan krisis politik di Myanmar akan membawa padah kepada rakyatnya dan juga kewibaan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai sebuah pertubuhan yang berlandaskan peraturan. Demikian kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (26 Okt).

Mengulangi gesaan-gesaan sebelumnya, Encik Lee menggesa pihak berkuasa tentera di Myanmar supaya bekerjasama dengan utusan khas yang dilantik ASEAN, Menteri Kedua Ehwal Luar Brunei Erywan Yusof, yang tidak dibenarkan untuk memasuki negara itu sejak pelantikannya pada Ogos.

Berucap di Sidang Puncak ASEAN ke-38 dan ke-39, yang berlangsung secara maya sepanjang tiga hari mulai Selasa (26 Okt), Encik Lee berkata para pemimpin ASEAN masih prihatin terhadap keadaan di Myanmar.

Myanmar bergolak sejak awal tahun ini selepas junta tentera merampas kuasa pada 1 Februari dan menggulingkan pemimpin dipilih, Aung San Suu Kyi, serta memberkas beberapa pemimpin partinya.

Bertentangan dengan amalan tidak campur tangan yang sudah diamalkan sejak sekian lama, negara-negara ASEAN sebaliknya mengkritik tindakan junta.

Minggu lalu, empat negara ASEAN, termasuk Singapura, menggesa ketua junta Myanmar, Min Aung Hlain, dikecualikan daripada menghadiri sidang puncak itu.

Di bawah kepimpinan Brunei, ia telah diputuskan bahawa seorang wakil bukan politik dari Myanmar akan sebaliknya menghadiri sidang puncak itu.

Encik Lee berkata Singapura amat menyokong usaha ASEAN untuk membantu Myanmar melalui cara yang positif, aman dan membina. Beliau menambah Singapura komited untuk melaksanakan kesepakatan lima perkara iaitu rancangan yang dikemukakan ASEAN kepada junta Myanmar pada April lalu untuk menamatkan keganasan yang berlarutan, menghantar bantuan kemanusiaan dan memudahkan dialog antara semua pihak yang terlibat.

“Bagaimanapun, kemajuannya masih hambar," kata Encik Lee.

Pada awal Selasa, Encik Lee turut mengumumkan bahawa Singapura akan menyumbang dana yang diperuntukkan daripada Dana Respons ASEAN COVID-19 kepada negara-negara anggota ASEAN yang lain untuk membeli vaksin.

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan