Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lembaga Pelancongan Singapura dapat Ketua Eksekutif baru mulai Oktober

Ketua Eksekutif baru Lembaga Pelancongan Singapura (STB) ialah Encik Keith Tan Kean Loong dari Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Anggaran Waktu Membaca:
Lembaga Pelancongan Singapura dapat Ketua Eksekutif baru mulai Oktober

Encik Keith Tan Kean Loong. (Gambar: MTI)

Diterbitkan : 05 Sep 2018 06:21PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 06:27PM

SINGAPURA: Ketua Eksekutif baru Lembaga Pelancongan Singapura (STB) ialah Encik Keith Tan Kean Loong dari Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Beliau akan mula bertugas mulai 29 Oktober, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan media pada Rabu (5 Sep).

Encik Tan, yang ketika ini merupakan Timbalan Setiausaha (dasar) di MINDEF, akan menyandang jawatan tersebut apabila Encik Lionel Teo meletak jawatannya sebagai ketua STB pada Mei setelah berkhidmat selama 22 tahun.

Di MINDEF, Encik Tan bertanggungjawab atas dasar pertahanan, perhubungan strategik, pendidikan nasional dan Pertahanan Mutlak.

Beliau memainkan peranan utama dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan Singapura dengan rakan-rakan antarabangsa, dan turut terlibat dalam memperluaskan usaha awam dan media sosial MINDEF.

Sebelum menyertai MINDEF, Encik Tan menyandang beberapa jawatan kanan dalam Divisyen Perkhidmatan Awam PS21, Insitut Pentadbiran dan Dasar di Kolej Perkhidmatan Awam (CSC), serta di Divisyen Dasar Ekonomi Asing di MTI.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan