Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki yang pijak muka lelaki di Golden Mile dipenjara

Seorang lelaki 24 tahun dalam satu rakaman video yang tersebar menunjukkannya memijak muka seorang lelaki di Golden Mile Complex, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan sembilan bulan pada Selasa (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang pijak muka lelaki di Golden Mile dipenjara

Wee Boon How dibawa kembali ke tempat kejadian selepas diberkas.

Diterbitkan : 19 Feb 2019 03:57PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 04:07PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 24 tahun dalam satu rakaman video yang tersebar menunjukkannya memijak muka seorang lelaki di Golden Mile Complex, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan sembilan bulan pada Selasa (19 Feb).

Wee Boon How melakukan serangan selama empat minit terhadap mangsa, Bong Hong Yun, 26 tahun pada awal pagi 11 Okt 2017, di tingkat satu Golden Mile Complex.

Ia bermula apabila kedua-dua lelaki itu terlibat dalam satu insiden tenung-menenung berdekatan sebuah kelab malam di kompleks itu sebelum mereka mula memaki hamun antara satu sama lain.

Mereka kemudian saling tumbuk-menumbuk dan menendang satu sama lain. Teman-teman mereka cuba untuk memisahkan mereka namun tidak berjaya. Akhirnya, bila mangsa terjatuh ke lantai, Wee terus menyerang dan menumbuk mukanya sehingga beliau pengsan.

Serangan dilakukan secara bertubi-tubi terhadap muka mangsa sebelum dia memijak muka mangsa dan menendangnya beberapa kali.

Mangsa dibawa ke Hospital Tan Tock Seng di mana beliau dirawat selama dua hari sebelum dimasukkan semula ke hospital bagi menjalani pembedahan muka akibat keretakan tulang yang dialaminya.

MANGSA HINA IBU PENYERANG, KATA PEMBELA

Peguam Wee memberitahu mahkamah bahawa mangsa telah menghina ibu Wee.

Ini "amat menyinggungnya", katanya, kerana ibu Wee mengabaikannya dan bapanya semasa Wee hanya berusia tujuh tahun.

Selain itu, Wee mempunyai IQ rendah 60 dan hanya bersekolah sehingga Menengah 2, menurutnya.

Pihak pendakwa meminta tempoh hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun dan sembilan bulan dengan memberi hujah bahawa rakaman serangan itu menunjukkan "kekejaman" dan "keganasan" yang dilakukan Wee.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan