Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki warga M'sia didakwa bunuh pengarah syarikat runcit online

Seorang lelaki berusia 22 tahun, dikenakan tuduhan membunuh seorang pengarah syarikat runcit online.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2019 07:42PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 11:02PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun, dikenakan tuduhan membunuh seorang pengarah syarikat runcit online.

Pihak Mediacorp difahamkan, warga Malaysia, Yee Jing Man mengalami kecederaan dan dikenakan tuduhan semasa dia dirawat di Hospital Khoo Teck Puat.

Pihak polis diberitahu tentang kejadian yang berlaku di Pusat Perabot Antarabangsa sepanjang Sungei Kadut Loop, sekitar 1.00 tengah hari kelmarin.

Setibanya mereka di tempat kejadian, Encik Lin Xinjie, 29 tahun, ditemui terbaring tidak sedarkan diri di dalam bangunan itu.

Tertuduh dipercayai mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan dadanya.

Sekiranya disabit kesalahan, Yee menghadapi hukuman mati.

Dia dijangka dihadapkan di mahkamah lagi pada minggu depan.  

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan