Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki warga China dijel kerana palsukan pas MOM, ICA

Seorang lelaki 36 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 10 minggu atas kesalahan memalsukan pas pekerja. Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki warga China dijel kerana palsukan pas MOM, ICA

Wang Guoxing. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 06:09PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 06:25PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 36 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 10 minggu atas kesalahan memalsukan pas pekerja. Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa (18 Sep).

Wang Guoxing, 36 tahun, seorang warga China, dijatuhi hukuman pada 10 September kerana memberikan Pas Khas Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kepada para pesalah imigresen: Guo Cuilin, 28 tahun dan Ding Zuping, 36 tahun, kedua-dua warga China. Dia juga memiliki dua Pas Khas ICA yang palsu, menurut ICA.

ICA mendapat tahu mengenai kesalahan-kesalahan Wang apabila Guo dan Ding diberkas. Seorang pegawai mendapati bahawa terdapat kesamaan dengan pas palsu mereka, menurut

ICA, sedangkan tiada rekod pas diberikan kepada mereka.

Wang, yang diberkas pada 10 Mei, menerima pas-pas palsu MOM itu daripada seorang individu warga China yang tidak diketahui identitinya, menerusi aplikasi WeChat, menurut ICA. Dia mencetaknya di sebuah kafe Internet di Geylang sebelum memberinya kepada Guo dan Ding, yang menetap di Singapura lebih dari yang sepatutnya, menurut ICA lagi. Dia dibayar RMB2,500 (S$500) bagi setiap urusan.

Kedua-dua pas ICA palsu dijumpai di tempat tinggal Wang, menurut ICA.

Sesiapa yang didapati bersalah menggunakan atau memiliki pas atau dokumen-dokumen palsu boleh didenda hingga S$4,000, dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan