Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki tukar tanda harga untuk jimat S$980 di Mustafa Centre, didenda S$2,500

Seorang penganggur berusia 33 tahun menukar tanda-tanda harga pada pelbagai barangan di Mustafa Centre di Little India, untuk cuba membayar harga lebih rendah bagi barangan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tukar tanda harga untuk jimat S$980 di Mustafa Centre, didenda S$2,500

Mustafa Centre. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 18 Jul 2020 12:24PM Dikemas Kini : 18 Jul 2020 12:30PM

SINGAPURA: Seorang penganggur berusia 33 tahun menukar tanda-tanda harga pada pelbagai barangan di Mustafa Centre di Little India, untuk cuba membayar harga lebih rendah bagi barangan tersebut.

Antara barangan itu adalah sebuah alat pengadun makanan bernilai S$578, yang diperolehi Lewis Gay Shi Jieyang pada S$56. Kesemuanya dia menjimat S$980 sebelum ditangkap pada percubaan keduanya.

Pada Jumaat (17 Jul), dia didenda S$2,500 setelah mengaku bersalah di mahkamah daerah atas dua tuduhan menipu.

Mahkamah diberitahu dia bertindak buat kali pertama pada dini hari 5 Julai 2018. Dia membeli 14 barangan namun perbuatannya tidak dikesan ketika dia meninggalkan pusat beli-belah itu.

Dia menggantikan tanda harga dua barangan - pengadun makanan itu, dan sebuah pemegang pisau bernilai S$55. Dia berjaya membeli barang kedua itu pada harga S$12.50 sahaja.

Kakitangan Mustafa menyedari alat pengadun makanan itu hilang pada lewat hari itu setelah beliau mengira bekalan stok barangan. Lelaki itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup.

Apabila Gay kembali pada 22 Ogos 2018, seorang pegawai keselamatan berpakaian biasa di Mustafa mengecam mukanya. Pegawai itu sedang melakukan rondaan pada sekitar 4.00 pagi apabila dia melihat Gay berkelakuan mencurigakan.

Dia melihat Gay menanggalkan label harga sebuah alat pengering rambut bernilai S$18.90, lalu menampalnya di atas label harga sebuah alat pengering rambut Panasonic lain bernilai S$155.

Dia kemudian menampal label harga sebuah seterika bernilai $29.90 di atas tanda harga sebuah periuk Philips bernilai S$98.

Pegawai itu mengekorinya ke kaunter bayaran, di mana dia membayar untuk barang-barang di dalam bakulnya dan meninggalkan pusat beli-belah tersebut. Pegawai itu lalu menahannya dan membawanya ke pejabat keselamatan.

Dia memeriksa barang-barang yang dibeli Gay dan mendapati bahawa 14 daripada 17 barangan yang baru dibelinya mempunyai tanda harga dengan nilai yang lebih rendah ditampal di atas tanda harga asalnya.

Gay pada mulanya menafikan dia melakukan penipuan, dengan mendakwa bahawa dia hanya "bernasib baik" kerana menemui barang tersebut pada harga begitu rendah.

Dalam meminta hukuman lebih ringan, peguam Gay, Encik John Koh dari Populus Law Corporation, berkata bahawa anak guamnya "bertindak bodoh" ketika dia mengambil alat pengadun makanan itu dan menggantikan tanda harganya.

Encik Koh, yang meminta denda lebih rendah sebanyak S$2,000, berkata bahawa Mustafa tidak mengalami kerugian kerana Gay sudah membayar ganti rugi sepenuhnya.

Dia ialah seorang pesalah kali pertama dan berkelakuan "di luar kebiasaannya", tambah peguam itu.

Atas setiap kesalahan menipu, Gay boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan