Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki tua 'tiada niat jahat' bawa pulang budak pusat jagaan

Insiden melibatkan seorang lelaki lanjut usia yang cuba membawa pulang seorang kanak-kanak dari sebuah pusat jagaan didapati hanya satu salah faham.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tua 'tiada niat jahat' bawa pulang budak pusat jagaan

Logo pusat jagaan Maple Bear. (Gambar: Maple Bear)

Diterbitkan : 20 Dec 2018 03:48PM Dikemas Kini : 20 Dec 2018 03:50PM

SINGAPURA: Insiden melibatkan seorang lelaki lanjut usia yang cuba membawa pulang seorang kanak-kanak dari sebuah pusat jagaan didapati hanya satu salah faham.

Polis menyatakan pada Rabu (19 Dis) bahawa satu aduan difailkan selepas satu catatan dikongsi di laman Facebook 'Tiong Bahru Village', tentang satu insiden seorang kanak-kanak diajak pulang lelaki tidak dikenali dari sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Havelock Road.

Namun, satu kemas kini yang dikongsi pada petang Rabu (19 Dis) di laman Facebook yang sama, menyatakan bahawa polis sudah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa ia hanya "satu salah faham tanpa niat jahat".

Difahamkan salah faham berlaku apabila lelaki lanjut usia itu mengambil cucunya, yang juga menghadiri pusat jagaan yang sama, Maple Bear. Cucunya bagaimanapun sudah diambil pembantu rumah mereka awal dari itu.

Namun, akibat satu perselisihan faham di pusat jagaan tersebut, pelajar lain yang dibawa keluar.

Catatan Facebook yang dimuat naik ke laman 'Tiong Bahru Village' mendakwa bahawa lelaki tersebut memberikan nama kanak-kanak terbabit kepada kakitangan pusat berkenaan, tetapi pelajar itu tidak mengenalinya lalu menangis.

Polis menerusi kenyataannya menyatakan bahawa ia "memandang serius insiden seperti itu" dan menggesa orang ramai supaya "jangan membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak berasas yang boleh mencetuskan rasa cemas dalam kalangan orang ramai".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan