Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki tua didakwa tampar, hampiri lelaki lain secara seksual di MRT

Seorang lelaki, 71 tahun yang menampar dan menghampiri seorang lelaki secara seksual dalam kereta api MRT April lalu didakwa di mahkamah hari ini (17 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2017 12:05PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 09:50PM

SINGAPURA: Seorang lelaki, 71 tahun yang menampar dan menghampiri seorang lelaki secara seksual dalam kereta api MRT April lalu didakwa di mahkamah hari ini (17 Nov).

Gan Thean Soo menghadapi tiga tuduhan menyerang, menganggu berkali-kali dan menyebabkan gangguan awam kerana memukul dan mencaci maki serta meninggikan suara terhadap mangsa, warga Amerika Syarikat, Joseph Flynn De Marini.

Gan, berada dalam kereta api menghala ke stesen Farrer Park sekitar 8.30 pagi pada 19 April apabila dia didakwa berkata kepada mangsa: "Saya suka awak" dan kemudian menghampirinya secara seksual. Sekitar lima minit kemudian, Gan didakwa menampar Encik De Marini di kepalanya dan meninggikan suaranya terhadap mangsa, yang sempat merakam insiden itu dengan kameranya.

Seorang pendakwa raya memohon mahkamah untuk membenarkan Gan ditahan reman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi penilaian psikiatrik. Hakim meluluskan permohonannya dan Gan akan dihadapkan di mahkamah pada 1 Disember.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan