Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki terlibat dalam kes curi minyak Shell dikenakan 1 tuduhan tambahan

Ng Hock Teck, salah seorang daripada 14 suspek yang didakwa berhubung kes mencuri minyak bernilai jutaan dolar dari Shell, dikenakan satu lagi tuduhan tambahan hari ini (25 Jan) iaitu bersubahat untuk menerima barang curian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2018 04:11PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 10:32PM

SINGAPURA: Ng Hock Teck, salah seorang daripada 14 suspek yang didakwa berhubung kes mencuri minyak bernilai jutaan dolar dari Shell, dikenakan satu lagi tuduhan tambahan hari ini (25 Jan) iaitu bersubahat untuk menerima barang curian.

Menurut dokumen-dokumen terbaru mahkamah, lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai berkomplot dengan Alan Tan Cheng Chuan, 45 tahun, untuk menerima minyak sekitar 517.8 tan metrik yang bernilai S$385,424 pada 5 November 2017.

Minyak yang dicuri dipindahkan dari Pulau Bukom ke sebuah kapal yang berdaftar di Singapura, Sentek 26.

Menurut laporan Reuters, Ng dan Tan merupakan kakitangan syarikat Sentek Marine & Trading. Dalam satu memo dalaman kepada para kakitangan daripada Pengarah Urusan Sentek Marine, Pai Keng Pheng pada 13 Januari, Sentek menyatakan bahawa ia sudah memecat kedua-dua lelaki itu.

Ng merupakan pengurus pemasaran dan operasi sementara Tan seorang pegawai kargo di syarikat itu.

Tan dan seorang lagi tertuduh, lelaki Vietnam Doan Xuan Than turut dihadapkan ke mahkamah hari ini (25 Jan). Mereka dibebaskan dengan ikat jamin yang masing-masing ditetapkan pada S$30,000 dan S$20,000. Mereka akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 20 Februari.

Ng akan terus direman bagi siasatan lanjut dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 30 Januari.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan