Images
  • changi airport sg covid-19
    (Gambar: Mediacorp)

Lelaki Singapura 83 tahun antara 17 kes import baru COVID-19

SINGAPURA: Sebanyak 17 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Selasa (12 Jan), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes jangkitan tempatan dalam masyarakat mahupun kes di dormitori pekerja asing dilaporkan.

Kesemua 17 kes itu diimport dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura.

Antara mereka ialah seorang lelaki Singapura, 83 tahun yang pulang dari India manakala dua penduduk tetap pula pulang dari India dan Amerika Syarikat.

Salah seorang PR itu, wanita 41 tahun merupakan satu-satunya kes yang mengalami gejala hari ini. Wanita itu pulang dari Amerika dan ketika ini tidak dikaitkan dengan sebarang kes atau kelompok yang ada.

Lagi 13 kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari India, Indonesia, Myanmar dan Filipina, termasuk 12 pembantu rumah asing.

Baki satu kes melibatkan seorang anak kapal yang memegang Pas Khas dan tiba dari Jepun dalam sebuah kapal. Beliau diuji positif COVID-19 sebaik sahaja tiba di Singapura, dan kemudian dihantar ke hospital di mana hasil ujiannya didapati positif.

26 LAGI PESAKIT PULIH

Sebanyak 26 lagi kes COVID-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah pulih kepada 58,694.

Terdapat 53 kes yang masih berada di hospital, sebilangan besarnya dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Satu kes dirawat di unit jagaan rapi.

Lagi 170 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Singapura melaporkan 58,946 kes COVID-19 sehingga hari ini dengan 29 kematian.  

- CNA/NA/na

Top