Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki serang tukang masak setelah permintaan roti prata percuma ditolak

Seorang penganggur menyerang seorang tukang masak dengan pisau dan menyebabkan kesan luka sepanjang 4 sentimeter di kepalanya, setelah permintaan berkali-kali lelaki itu untuk mendapatkan roti prata percuma ditolak.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki serang tukang masak setelah permintaan roti prata percuma ditolak

Gambar fail prata. (Gambar: 99.co)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 09:22AM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 09:26AM

SINGAPURA: Seorang penganggur menyerang seorang tukang masak dengan pisau dan menyebabkan kesan luka sepanjang 4 sentimeter di kepalanya, setelah permintaan berkali-kali lelaki itu untuk mendapatkan roti prata percuma ditolak.

Murugan Joseph, 45 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan dua minggu, enam kali sebatan rotan dan denda S$3,000 pada Jumaat (8 Feb) di atas serangan itu.

Dia mengaku bersalah atas lima tuduhan termasuk sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata, memiliki senjata, menggunakan kata-kata hinaan, mengganggu ketenteraman awam dan mencuri. Tiga lagi tuduhan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Murugan dan dua kawannya, penganggur, Balachandran Kothandapani, 58 tahun dan pekerja upahan tidak tetap, Farizal Rahmat, 36 tahun, sering pergi ke gerai makanan Habib's Express di sebuah kedai kopi di Clementi untuk mendapatkan makanan percuma.

Pada sekitar jam 5.15 petang pada 29 Jul tahun lalu, Murugan dan Balachandran pergi ke gerai di Blok 710, Clementi West Street 2 dan memesan roti prata.

Apabila siap, pembantu gerai itu meminta lelaki-lelaki tersebut untuk membayar, tetapi mereka tidak mempunyai wang mencukupi.

Oleh kerana berasa amat marah, pembantu gerai itu enggan memberi mereka makanan kerana mereka tiada duit, Murugan dan Balachandran dengan cara agresif bersemuka dengannya selama lebih 10 minit, menurut Timbalan Pendakwa Raya Shenna Tjoa.

Mereka kemudian meninggalkan gerai itu dan Murugan menjatuhkan pinggan-pinggan di gerai itu sebelum dia pergi.

SERANG TUKANG MASAK DI KEPALA

Murugan pulang semula ke gerai itu bersama kawannya Farizal sekitar 15 minit kemudian dan meminta makanan daripada pembantu gerai itu, tetapi permintaan mereka ditolak sekali lagi.

Dia pulang ke gerai itu untuk kali ketiga bersama dua kawannya dan sekali lagi meminta makanan percuma. Pada ketika itu, tukang masak gerai tersebut, Revi Jose Vibin cuba untuk menangani keadaan.

Balachandran meninggalkan gerai itu dan kembali dengan pisau berukuran 19.5 sentimeter, yang dibeli oleh Murugan beberapa minggu lalu.

Murugan menggunakan pisau itu dan mengelar tukang masak itu di bahagian kiri kepalanya, yang mengakibatkan kecederaan berbentuk V sepanjang 4 sentimeter.

Beliau dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan, manakala ketiga-tiga lelaki itu diberkas.

Satu ujian darah yang dijalankan terhadap Murugan menunjukkan bahawa dia dalam keadaan mabuk pada waktu serangan itu.

Kes-kes terhadap rakan subahatnya Balachandran dan Farizal akan dibicarakan di mahkamah kelak. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan