Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki S'pura dipenjara 13 tahun di Batam kerana cabul 3 budak lelaki

Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara 13 tahun di Batam hari ini (8 Mac) selepas didapati bersalah mencabul tiga budak lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki S'pura dipenjara 13 tahun di Batam kerana cabul 3 budak lelaki

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 08 Mar 2018 09:22PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 09:24PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara 13 tahun di Batam hari ini (8 Mac) selepas didapati bersalah mencabul tiga budak lelaki.

Mohammad Asri Sapuan, 46 tahun, juga didenda 100 juta rupiah (S$9,500), lapor media tempatan.

Dia ditangkap pada Oktober lalu kerana disyaki mencabul tiga budak lelaki berusia 12, 15 dan 16 tahun - di sebuah galeri seni di tempat dia tinggal dan mengadakan kelas.

Menurut laporan Jakarta Post, ibu bapa kepada salah seorang mangsa mula berasa curiga selepas membaca kiriman mesej dalam telefon bimbit anak mereka, lalu membuat laporan polis.

Mohammad Asri juga didapati bersalah kerana terus menetap di Batam meskipun visanya sudah tamat tempoh, lapor Jakarta Post.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan