Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki S'pura 82 tahun yang belum divaksin meninggal dunia akibat COVID-19, kematian ke-10 pada Ogos

Lelaki itu mengalami simptom pada 30 Julai dan dimasukkan ke Hospital Alexandra selepas diuji positif COVID-19 keesokan harinya. Beliau mempunyai sejarah masalah jantung, penyakit buah pinggang dan tekanan darah tinggi, kata MOH.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki S'pura 82 tahun yang belum divaksin meninggal dunia akibat COVID-19, kematian ke-10 pada Ogos

(Gambar: Facebook/Alexandra Hospital)

Diterbitkan : 20 Aug 2021 10:53PM Dikemas Kini : 20 Aug 2021 10:56PM

SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura berusia 82 tahun yang belum divaksin meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 pada Khamis (19 Ogos), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini mengenai keadaan koronavirus di sini pada Jumaat (20 Ogos).

Dikenalpasti sebagai Kes 67178, lelaki itu mengalami simptom pada 30 Julai dan dimasukkan ke Hospital Alexandra selepas diuji positif COVID-19 keesokan harinya.

Beliau mempunyai sejarah masalah jantung, penyakit buah pinggang dan tekanan darah tinggi, kata MOH.

Lelaki itu merupakan kes kematian ke-10 kerana COVID-19, bulan ini.

Secara keseluruhan, 47 orang telah meninggal dunia disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 sejauh ini.

36 KES JANGKITAN TEMPATAN

Singapura melaporkan 36 kes tempatan baru COVID-19 setakat Jumaat termasuk 14 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Sebanyak 19 kes berkait kes sebelumnya dan sudahpun dikuarantin, kata MOH.

Lagi tiga kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Dua kes baru melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi atau baru menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk, kata MOH.

Selain itu, terdapat empat kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di negara ini. Tiga kes jangkitan itu dikesan sewaktu tiba di sini, manakala baki satu mengalami penyakit semasa menjalani tempoh SHN atau pengasingan.

Singapura melaporkan 40 kes baru COVID-19 secara keseluruhannya pada Jumaat.

Setakat Jumaat, Singapura melaporkan 66,406 kes COVID-19 keseluruhannya. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan