Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki rakyat Sri Lanka dijel; miliki pasport palsu Kanada

Seorang lelaki rakyat Sri Lanka yang cuba membuat persinggahan di Singapura dengan menggunakan pasport palsu Kanada, serta seorang lelaki yang membantunya masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Isnin (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rakyat Sri Lanka dijel; miliki pasport palsu Kanada

Pararasasingam Puveenthan (kiri) and Marimuththu Subramaniam (kanan. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 11:02PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 11:07PM

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Sri Lanka yang cuba membuat persinggahan di Singapura dengan menggunakan pasport palsu Kanada, serta seorang lelaki yang membantunya masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Isnin (7 Jan).

Pararasasingam Puveenthan, 30, dituduh memiliki pasport palsu Kanada. Marimuththu Subramaniam, 48, pula didapati bersalah membantu seorang individu yang memiliki dokumen perjalanan palsu, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (11 Jan).

Pararasasingam memperolehi pasport Kanada itu menerusi ejen pihak ketiga bagi mencari pekerjaan di luar Sri Lanka. Pasport itu dilengkapi dengan gambarnya, namun maklumat yang dinyatakan dalam pasport tersebut tidak sepadan dengan maklumat peribadinya, menurut ICA.

Ejen itu kemudian mengaturkan Pararasasingam untuk melakukan perjalanan bersama Marimuththu dari Colombo ke Singapura pada 28 Oktober 2018, dengan menggunakan pasport kerakyatan Sri Lanka masing-masing.

Selepas tiba di dewan transit di Lapangan Terbang Changi, Marimuththu membawa Pararasasingam ke ruang menunggu di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi bagi menunggu penerbangan seterusnya ke Melbourne.

Semasa di bilik dekat pintu menaiki pesawat di terminal tersebut, para pegawai ICA mengesan keganjilan pada pasport yang diserahkan oleh Pararasasingam. Para pegawai itu kemudian memberkasnya.

Marimuththu pula diberkas oleh para pegawai ICA di dewan persinggahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi ketika menunggu penerbangan pulang ke Colombo.

Di bawah Akta Pasport, sesiapa yang sengaja memiliki dokumen perjalanan asing palsu boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan