Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki muda harus elak lakukan kegiatan berat seminggu selepas dos kedua vaksin COVID-19: Jawatankuasa Pakar

Jawatankuasa pakar bagi vaksinasi COVID-19 menasihatkan "golongan remaja dan lelaki muda" supaya elak daripada melakukan kegiatan fizikal yang berat selama seminggu selepas disuntik dos kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki muda harus elak lakukan kegiatan berat seminggu selepas dos kedua vaksin COVID-19: Jawatankuasa Pakar

(Gambar: Nicolas Hoizey/Unsplash)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 08:47PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 08:49PM

SINGAPURA: Jawatankuasa pakar bagi vaksinasi COVID-19 menasihatkan "golongan remaja dan lelaki muda" supaya elak daripada melakukan kegiatan fizikal yang berat selama seminggu selepas disuntik dos kedua.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga terhadap "risiko sangat kecil" mengalami radang otot jantung.

Mereka juga harus segera mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami gejala seperti sakit dada, sesak nafas atau degupan jantung yang tidak normal.

Meskipun demikian, manfaat divaksinasi masih mengatasi risiko tersebut, menurut jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media pada Jumaat malam(11 Jun).

Setakat 7 Jun, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) melaporkan empat lelaki berusia 18 hingga 30 tahun yang mengalami miokarditis atau perikarditis selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Lagi dua kes melibatkan seorang lelaki dan wanita berusia 40 tahun, tambah HSA dalam satu kenyataan media berasingan pada Jumaat malam.

Miokarditis ialah keradangan otot jantung manakala perikarditis melibatkan keradangan pada lapisan luar jantung.

"Kebanyakan kes dilaporkan berlaku beberapa hari selepas menerima dos kedua vaksin," jelas HSA sambil menambah semuanya pulih atau dibenarkan keluar hospital.

Lebih banyak kajian dan siasatan sedang dibuat bagi kes-kes sedemikian, kata jawatankuasa pakar itu.

Saranan itu dibuat selepas meneliti laporan antarabangsa yang menunjukkan jumlah lelaki muda yang mengalami keradangan otot jantung adalah diluar jangkaan selepas menerima dos kedua vaksin menggunakan teknologi mRNA.

Jawatankuasa pakar dianggotai 14 orang itu dipengerusikan oleh Profesor Madya Benjamin Ong, seorang penasihat kanan kepada pengarah perkhidmatan perubatan MOH dan naib presiden kanan pendidikan dan sumber kesihatan di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan