Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mengaku masuk rumah jiran untuk cabul anak perempuan 8 tahun

Seorang lelaki yang mempunyai hubungan baik dengan jirannya sehingga diberi kepercayaan menyimpan kunci rumah keluarga mereka sebaliknya mencabuli anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mengaku masuk rumah jiran untuk cabul anak perempuan 8 tahun

Tukul kayu mahkamah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Sep 2019 09:49PM Dikemas Kini : 10 Sep 2019 09:54PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mempunyai hubungan baik dengan jirannya sehingga diberi kepercayaan menyimpan kunci rumah keluarga mereka sebaliknya mencabuli anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun.

Warga Malaysia yang merupakan penduduk tetap Singapura itu menunjukkan mangsa bahan lucah, menanggalkan pakaian mangsa dan mencabul kehormatannya sehingga mangsa mengadu kepada ibunya.

Lelaki 47 tahun itu, pada awalnya ditetapkan untuk dibicarakan bagi tuduhan merogol, mengaku bersalah pada Selasa (10 Sep) atas dua tuduhan menggunakan kekerasan terhadap seorang budak bawah umur dengan niat mencabul kehormatannya.

Dua tuduhan menunjukkan bahan-bahan lucah kepada budak itu akan dipertimbangkan manakala lapan tuduhan lain ditarik balik.

Identiti tertuduh dan mangsa tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah.

Mahkamah difahamkan tertuduh tinggal bersama isteri dan ibu bapa isterinya yang dipisahkan oleh pagar daripada rumah mangsa setinggi dua tingkat.

Nenek mangsa mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa mertua tertuduh dan memberikan mereka kunci kepada pagar utama rumah mereka kerana kadang-kala memerlukan bantuan mereka.

Pada September 2017, bapa mangsa meminta tertuduh membaiki alat pemanas air di rumahnya.

Namun setelah bapa mangsa keluar untuk bekerja, tertuduh kembali ke rumah mangsa atas alasan membaiki alat pemanas air. Dia kemudian ke bilik tidur mangsa dan menunjukkannya bahan lucah dan mencabul kehormatannya.

Pada Disember 2017, tertuduh berbohong kepada isterinya dan berkata dia akan ke tempat kerja. Namun sebaliknya dia pergi ke rumah mangsa dan sekali lagi menunjukkannya bahan lucah dan mencabul kehormatannya.

Beberapa hari menyusuli kejadian itu, budak itu berulang kali meminta ibunya mengambil semula kunci pagar utama rumah mereka dari jiran mereka.

Mangsa akhirnya memberitahu ibunya apa yang berlaku.

Apabila kedua-dua keluarga bersemuka, tertuduh mengaku akan tindakannya dan bersama ibu mangsa pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi untuk rayuan pengurangan dan penjatuhan hukuman pada 12 September.

Bagi setiap dakwaan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan mangsa, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda, disebat atau gabungan mana-mana hukuman tersebut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan