Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki maut dalam kemalangan berangkai di Tanah Merah Coast Road

Mediacorp difahamkan bahawa lelaki tersebut berhenti untuk membantu pemandu lori jongket yang rosak ketika kemalangan itu berlaku.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut dalam kemalangan berangkai di Tanah Merah Coast Road

Seorang lelaki terperangkap antara sebuah lori dengan satu lagi lori jongket. (Gambar: Facebook/SG Road Vigilante)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 04:41PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 04:47PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia pada petang Rabu (20 Jun) selepas beliau terperangkap antara sebuah lori dengan satu lagi lori jongket di Tanah Merah Coast Road.

Mediacorp difahamkan bahawa lelaki tersebut berhenti untuk membantu pemandu lori jongket yang rosak ketika kemalangan itu berlaku.

Menurut polis, mereka dimaklumkan tentang kemalanganyang melibatkan sebuah lori jongket dan tiga lori di Tanah Merah Coast Road menghala ke Changi Coast Road pada 6.50 petang.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, kata polis.

Salah seorang pemandu lori, yang berusia 22 tahun, terperangkap di tempat duduknya. Beliau terpaksa diselamatkan oleh para pegawai SCDF dengan alat hidraulik dan dibawa ke Hospital Besar Changi dalam keadaan sedar.

Mediacorp difahamkan bahawa beliau adalah pemandu lori terakhir yang terlibat dalam nahas berangkai itu. Lorinya melanggar belakang sebuah lagi lori mengakibatkannya bergerak ke ke hadapan.

Lelaki 22 tahun itu diberkas kerana menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai, kata polis.

Seorang lagi pemandu, lelaki berusia 33 tahun, juga dibawa ke hospital yang sama dalam keadaan sedar.

Siasatan polis masih lagi dijalankan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan