Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mati dilanggar bas privet luar EC Forestville

Seorang lelaki 25 tahun mati dilanggar sebuah bas privet di luar kondominium eksekutif Forestville di Woodlands Drive 16.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mati dilanggar bas privet luar EC Forestville

Gambar-gambar dikongsi di WhatsApp menunjukkan mayat di atas jalan raya, bersebelahan sebuah bas Forestville.

Diterbitkan : 22 Nov 2018 07:37AM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 07:43AM

SINGAPURA: Seorang lelaki 25 tahun mati dilanggar sebuah bas privet di luar kondominium eksekutif Forestville di Woodlands Drive 16.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan lelaki berkenaan mati di tempat kejadian sambil menambah pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan berkenaan pada sekitar 7.00 malam semalam (21 Nov).

Polis masih menjalankan siasatan.

Mayat mangsa, seorang lelaki India, tersepit di bawah roda kanan belakang bas, menurut SCDF.

Gambar-gambar yang disebarkan di WhatsApp menunjukkan sebuah bas Forestville dan mayat ditutup dengan kain putih di tempat kejadian.

Sebuah khemah polis dipasang di tepi jalan raya yang dikepung. Kenderaan polis dan SCDF juga kelihatan.

Seorang pembaca Mediacorp yang tinggal di kawasan tersebut berkata beliau terlihat orang ramai berkumpul di tempat kejadian dan seorang pejalan kaki membantu mengarahkan aliran trafik.

Beliau juga melihat mayat dialihkan ke dalam khemah.

"Beberapa orang India diwawancara oleh pihak berkuasa," katanya. "Saya fikir mangsa seseorang yang mereka kenali."

Gambar-gambar dikongsi di WhatsApp menunjukkan tempat kejadian di mana pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah bas. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan