Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki Malaysia diberkas seludup lebih 6,800 bungkus tembakau kunyah

Seorang lelaki warga Malaysia ditangkap semasa cuba menyeludup lebih 6,800 bungkus tembakau kunyah di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Selasa (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Malaysia diberkas seludup lebih 6,800 bungkus tembakau kunyah

(Gambar: ICA)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 01:43PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 01:47PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia ditangkap semasa cuba menyeludup lebih 6,800 bungkus tembakau kunyah di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Selasa (19 Jun).

Pemandu berusia 35 tahun itu kelihatan "gementar dan mengelakkan hubungan mata", menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam menerusi catatan Facebook pada Rabu (21 Jun).

Dengan keadaannya yang mencurigakan, para pegawai ICA melakukan pemeriksaan lanjut dan menjumpai beberapa bungkus tembakau kunyah yang disembunyikan dalam kompartmen yang sudah diubah suai.

Bungkusan-bungkusan tersebut disumbatkan di bawah tikar tempat duduk penumpang sebelah pemandu, but kereta dan pintu tepi.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menyiasat kes tersebut, tambah ICA.

Pihak berkuasa juga menyatakan pihaknya akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan untuk mencegah percubaan menyeludup.

Pada Julai lalu, seorang rakyat Singapura merupakan orang pertama didakwa di bawah pindaan Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) yang mengharamkan import, pengedaran dan penjualan produk baru tembakau.

Menurut laman HSA, sesiapa yang didapati bersalah kerana membawa masuk tembakau kunyah boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Laman tersebut turut menambah, sebarang tembakau kunyah yang dibawa masuk ke sini akan dirampas.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan