Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki M'sia didakwa kerana bantu bekas pemimpin Gereja City Harvest larikan diri

Seorang warga Malaysia berusia 45 tahun didakwa hari ini (28 Feb) kerana bersubahat dengan Chew Eng Han untuk melarikan diri dari jeti Pulau Ubin dengan menaiki sampan bermotor.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki M'sia didakwa kerana bantu bekas pemimpin Gereja City Harvest larikan diri

Khoo Khea Leng diberkas di Malaysia dengan bantuan PDRM. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 28 Feb 2018 11:48AM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 11:51AM

SINGAPURA: Seorang warga Malaysia berusia 45 tahun didakwa hari ini (28 Feb) kerana bersubahat dengan Chew Eng Han untuk melarikan diri dari jeti Pulau Ubin dengan menaiki sampan bermotor.

Khoo Kea Leng didakwa menerima S$8,000 dalam bentuk wang tunai daripada Chew, bekas pemimpin Gereja City Harvest yang menggelapkan dana gereja sebanyak S$50 juta.

Chew, 57 tahun, seharusnya menjalani hukuman penjara selama tiga tahun empat bulan pada 22 Februari. Beliau cuba melarikan diri sehari sebelum itu.

Chew dan Tan Poh Teck, lelaki yang mengemudi sampan bermotor itu, diberkas sekitar 2.4 kilometer dari jeti Pulau Ubin. Menurut pihak berkuasa, kedua-duanya ingin ke Malaysia.

Khoo diberkas di Malaysia dengan bantuan Polis Diraja Malaysia. Beliau diserahkan kepada Pasukan Polis Singapura pada Isnin lalu (26 Feb).

Beliau didakwa menerima bayaran tunai pada 20 Februari - sehari sebelum Chew cuba melarikan diri - di tempat letak kereta Blok 75 Marine Drive.

Khoo dibawa kembali ke tempat kejadian semalam (27 Feb). Dia memberitahu polis tentang bagaimana dia dan Chew merancang untuk melarikan diri, dan dia dibayar beribu-ribu dolar untuk membantunya.

Hakim mengarahkan supaya Khoo ditahan hari ini (28 Feb). Dia akan dihadapkan ke mahkamah pada 7 Mac.

Chew dan Tan, lelaki yang mengemudi sampan bermotor itu, akan dihadapkan ke mahkamah esok (1 Mac).

Saudara lelaki Chew, Eng Han diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin. Pihak berkuasa mengesyaki dia juga bersubahat dengan adiknya. Lelaki berusia 61 tahun itu belum lagi didakwa.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan