Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ini mengaku salah rakam ratusan wanita sejak 13 tahun lalu termasuk anggota keluarganya

Lelaki ini sudah berkahwin. Tetapi selama lebih 13 tahun, dia merakamkan ratusan gambar dan video wanita menyalin pakaian atau dalam keadaan berbogel yang lain. Ini dilakukannya menggunakan pelbagai barangan rumah yang dipasang dengan kamera tersembunyi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini mengaku salah rakam ratusan wanita sejak 13 tahun lalu termasuk anggota keluarganya

Gambar ilustrasi seseorang mangambil gambar bawah skirt.

Diterbitkan : 18 Feb 2020 12:28AM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 12:31AM

SINGAPURA: Lelaki ini sudah berkahwin. Tetapi selama lebih 13 tahun, dia merakamkan ratusan gambar dan video wanita menyalin pakaian atau dalam keadaan berbogel yang lain. Ini dilakukannya menggunakan pelbagai barangan rumah yang dipasang dengan kamera tersembunyi.

Mangsa-mangsa wanita ini termasuk daripada dalam kalangan keluarga, rakan dan anggota gereja tertuduh sendiri, termasuk budak bawah umur yang belum baligh.

Lelaki berusia 35 tahun itu mengaku bersalah pada Isnin (17 Feb) atas empat tuduhan menghina kehormatan wanita, dengan sembilan lagi dakwaan diambil kira.

Dipanggil sebagai kes "paling prolifik" seumpamanya, pihak pendakwa meminta hukuman penjara tiga tahun.

Nama lelaki itu tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah bagi melindungi identiti para mangsa.

Mahkamah diberitahu bahawa dia mengambil gambar dan video bawah skirt wanita ketika mereka membuang air, mandi atau menukar pakaian antara Januari 2003 hingga April 2016.

Pada 2011, 2012 dan 2013 sahaja, dia sudah melakukan itu sebanyak 800 kali.

Lelaki itu mempunyai dua kaedah utama untuk merakamkan aksi para mangsanya: Dia akan sama ada merakam mereka secara manual menggunakan kamera telefon bimbitnya atau membiarkan kamera disembunyikan di dalam tandas dan mengambilnya hanya kemudian.

Dia menyimpan gambar dan video dalam fail berbeza-beza yang dilabelkan "gereja", "keluarga" atau "cotton on".

Jika tertuduh mengenali wanita berkenaan, dia akan meletakkan nama mereka di bahagian belakang nama fail tersebut.

Bagi wanita yang tidak dikenalinya, dia menambah butiran seperti jenis pakaian atau gambaran fizikal lain kepada nama fail itu, berdasarkan dokumen mahkamah.

Antara jenis kamera sulit yang digunakan lelaki itu adalah jam tangan, pena, batang kamera dan sebuah jam yang dipasang dengan kamera.

Barang-barang tersebut, yang dibelinya secara online atau di Sim Lim Square, mengandungi peranti merakam video tetapi menyamar sebagai barang rumah yang tidak berbahaya, kata pendakwa itu.

Dokumen mahkamah menyenaraikan lima tempat di mana tertuduh menyasarkan mangsa-mangsanya.

Dia merakam wanita menyalin pakaian di beberapa cawangan pakaian Cotton On, dengan klip menunjukkan mereka hanya menyarungkan seluar dalam.

Dia juga mengambil video rakan dan ahli keluarganya menukar pakaian, membuang air di tandas di rumahnya sendiri.

Beberapa klip bawah skirt atau dres wanita diambil di pengangkutan awam.

Mahkamah diberitahu satu kamera juga ditinggalkan di dalam sebuah tandas di gereja tempat dia berkunjung dan memetik gambar-gambar budak bawah umur yang belum baligh.

Sekali, lelaki itu merakamkan seorang pengantin wanita dan pengapit-pengapitnya di kamar hotel.

DITANGKAP OLEH RAKAN KERJA

Jenayah lelaki itu terbongkar apabila dia ditangkap oleh rakan kerja wanitanya pada April 2016.

Mangsa pergi ke tandas untuk mencuba dres yang baru diterimanya sebagai hadiah ulang tahun. Tertuduh melihat mangsa berjalan ke arah tandas lalu mengekorinya.

Dia menghidupkan fungsi merakam di telefon bimbitnya dan mengangkatnya ke tingkap tandas tersebut.

Mangsa sedang membuka pakaian apabila beliau ternampak sebuah telefon bimbit dihalakan ke arahnya. Beliau kemudian cuba merampasnya tetapi tertuduh berjaya menarik telefonnya dan melarikan diri.

Ketika dia cuba melarikan diri, wanita tersebut menjenguk ke tingkap tersebut dan mengenali rakannya itu. Beliau kemudian memberitahu rakan-rakan sekerjanya yang lain apa yang berlaku dan membuat laporan polis keesokan harinya.

POLIS BUAT SERBUAN MENGEJUT

Siasatn-siasatan polis kemudian membongkar rakaman-rakaman sulit.

Pegawai siasatan mendapati bahawa sejarah bacaan internet tertuduh termasuklah carian tentang bagaimana memadamkan dokumen dari telefon bimbitnya.

Pegawai berkenaan juga mendapati bahawa walaupun banyak gambar dan video di aplikasi telefon bimbit tertuduh, hanya ada beberapa gambar di situ.

Polis kemudian melancarkan serbuan ke atas rumah tertuduh pada 20 April, 2016 dan merampas enam kamera, lima jam tangan kamera sulit, dua pen kamera sulit, satu jam kamera sulit, tiga batang kamera sulit, beberapa pemacu cakera, empat cakera keras (hard disk) dan sebuah iPhone.

Sebuah pemacu cakera didapati mengandungi 821 gambar lucah dan 692 video lucah.

Lelaki berkenaan akan kembali dihadapkan ke mahkamah untuk hukuman dijatuhkan pada 23 Mac nanti. 

Sumber : CNA/FZ/DY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan