Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki Indonesia diuji positif COVID-19 antara 5 ditangkap di Changi masuk S'pura secara haram

Seorang lelaki warga Indonesia yang diuji positif COVID-19 merupakan antara lima lelaki yang ditangkap kerana memasuki perairan Singapura secara haram. Mereka dikesan berenang di kawasan dekat Changi pada 14 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Indonesia diuji positif COVID-19 antara 5 ditangkap di Changi masuk S'pura secara haram

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 19 Jun 2021 10:01PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 10:02PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Indonesia yang diuji positif COVID-19 merupakan antara lima lelaki yang ditangkap kerana memasuki perairan Singapura secara haram. Mereka dikesan berenang di kawasan dekat Changi pada 14 Jun.

Lelaki itu, dikenalpasti sebagai Kes 64265 dan merupakan antara tujuh kes import COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis (17 Jun).

Dalam satu kenyataan media pada Sabtu (19 Jun), pihak berkuasa menyatakan Polis Pengawal Pantai mengesan lima lelaki sedang berenang dekat perairan Aviation Park Road pada kira-kira pukul 9.25 malam pada 14 Jun.

Kesemua lelaki itu yang berusia antara 24 dengan 31 tahun, kemudian ditahan di bawah Akta Imigresen kerana masuk ke Singapura secara haram.

Mereka dimasukkan ke dalam sel penjara berasingan semasa dalam tahanan. Kesemua lelaki itu menjalani ujian swab COVID-19 pada 15 Jun, sebagai sebahagian daripada protokol polis untuk menguji mereka yang diberkas kerana memasuki Singapura secara haram.

Dalam kalangan lima lelaki yang diuji itu, seorang yang berusia 26 tahun disahkan positif COVID-19 pada keesokan hari. Polis dimaklumkan tentang keputusan tersebut dan membantu Kementerian Kesihatan dalam usaha menjejak kontak.

Lelaki itu dibawa ke hospital manakala lagi empat yang lain dipindahkan ke kemudahan kuarantin.

Para pegawai yang dikenalpasti telah berhubungan rapat dengan lelaki yang dijangkiti koronavirus itu dikuarantin dan diminta memantau kesihatan mereka, menurut polis.

Kawasan yang dikunjungi lelaki itu juga dibersihkan secara menyeluruh, tambah pihak berkuasa.

"Polis kekal komited dalam memastikan kesihatan dan keselamatan pegawainya, dan melaksanakan langkah berjaga-jaga sejak penularan COVID-19 pada Januari 2020," ujarnya.

Para pegawai yang dikerahkan bagi tugas operasi yang mungkin melibatkan mereka perlu berdepan dengan individu daripada pelbagai latar belakang secara kerap diberikan peralatan perlindungan peribadi seperti pelitup, sarung tangan dan gaun pakai buang.

Para pegawai barisan hadapan terpilih juga perlu menjalani ujian rutin secara kerap sebagai sebahagian daripada rejim pemantauan COVID-19, kata polis.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan