Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki HIV dijel 2 tahun; rahsiakan keadaan dari pasangannya

Seorang lelaki berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun hari ini (1 Ogos) kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki tanpa memberitahunya tentang risiko terkena jangkitan HIV daripadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki HIV dijel 2 tahun; rahsiakan keadaan dari pasangannya

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 07:00PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 07:03PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun hari ini (1 Ogos) kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki tanpa memberitahunya tentang risiko terkena jangkitan HIV daripadanya.

Lelaki berkenaan, yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah, sebelum itu disahkan positif HIV - virus yang menyerang sistem imun pesakit.

Buat masa ini, tiada penawar bagi jangkitan HIV, rawatan hanya bagi mencegah replikasi virus, dan menangguhkan penularan dan serangan AIDS. Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bila tertuduh disahkan dijangkiti HIV.

Selepas diuji positif HIV, dia menjalani kaunseling dengan seorang pegawai dari Unit Kesihatan Awam Kebangsaan, Cik Fiona Lee.

Cik Lee mengesahkan bahawa beliau sudah menasihati tertuduh supaya memaklumkan sesiapa yang melakukan hubungan seks dengannya tentang keadaannya supaya mereka tahu akan risiko jangkitan HIV.

Bagaimanapun, tertuduh tetap melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki buat beberapa kali antara 2012 dengan 2013 di rumahnya.

Tertuduh tidak memberitahu mangsa, yang dia temui melalui wadah online, tentang risiko terkena jangkitan HIV.

Mangsa mendapat tahu bahawa pasangannya menghidapi HIV hanya pada 2015, selepas seorang pegawai penyiasat memberitahunya. Mangsa menjelaskan bahawa beliau tidak akan melakukan hubungan seks dengan tertuduh jika beliau tahu pasangannya itu menghidapi HIV.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan