Images
  • police line
    Gambar hiasan. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Lelaki hadapi tuduhan membunuh wanita di Woodlands

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 41 tahun ditemui maut di Woodlands pada awal pagi tadi (17 Jan), menurut polis dalam satu kenyataan media.

Polis menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di Woodlands Avenue 6 pada pukul 1.34 pagi tadi.

Wanita itu ditemui terbaring dan tidak bergerak di dalam sebuah bilik dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Menurut polis, seorang suspek berusia 34 tahun yang mengenali mangsa sudah diberkas. Dia akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh esok (18 Jan).

Siasatan polis sedang dijalankan.  

- CNA/AI/ai

Top