Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diuji positif COVID-19 yang keluar kemudahan pengasingan didakwa langgar kuarantin

Seorang lelaki yang diuji positif jangkitan COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala dituduh melanggar kuarantin dengan meninggalkan sebuah kemudahan pengasingan pada April.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diuji positif COVID-19 yang keluar kemudahan pengasingan didakwa langgar kuarantin

D'Resort @ Downtown di Pasir Ris (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 01:30PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 01:36PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang diuji positif jangkitan COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala dituduh melanggar kuarantin dengan meninggalkan sebuah kemudahan pengasingan pada April.

Fabian Amos Gilbert, 27, merupakan seorang pramugara Singapore Airlines ketika kesalahan dipercayai dilakukan. Dia didakwa awal bulan ini di bawah Akta Penyakit Berjangkit dan dihadapkan semula ke mahkamah pada Rabu (30 Sep).

Gilbert dikuarantin di D'Resort @ Downtown di Pasir Ris Close, sebuah kemudahan pengasingan pemerintah untuk mereka yang sihat dari segi klinikal tetapi masih diuji positif COVID-19.

Dia diarahkan supaya menjalani kuarantin di sana dari 26 Mac hingga 25 April, tetapi dipercayai meninggalkan tempat itu pada sekitar 3.00 pagi pada 18 April, seminggu sebelum tempoh pengasingannya tamat.

Pada Mac, Singapura memperkenalkan sejumlah langkah untuk mengatasi penularan COVID-19, termasuk mengenakan notis jangan keluar rumah selama 14 hari untuk semua pelawat yang tiba di negara ini.

Kemudahan pengasingan masyarakat D'Resort mula beroperasi pada 24 Mac dan digunakan untuk menempatkan pesakit COVID-19 yang tidak memerlukan rawatan perubatan. Kemudahan itu boleh menampung hingga 500 orang, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada waktu itu.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap Singapore Airlines berkata: “Kami tidak mengulas mengenai hal-hal sulit kakitangan atau perkara perundangan yang sedang ditentukan mahkamah. Secara umumnya SIA menjangkakan para kakitangannya mematuhi semua undang-undang dan peraturan, baik di Singapura atau di luar negara.

Jika disabit melanggar perintah kuarantin, Gilbert boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga S$10,000, atau kedua-duanya jika ia merupakan kesalahan pertamanya. Bagi kesalahan berulang dia boleh dikenakan dua kali ganda tempoh hukuman penjara dan denda.

Dia akan dihadapkan lagi ke mahkamah pada 21 Oktober.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan