Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh keluar rumah waktu dinihari semasa 'circuit breaker' atas tujuan sosial

Seorang lelaki berusia 20 tahun dituduh meninggalkan rumahnya tanpa sebab yang munasabah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk berjumpa dengan beberapa orang lain ketika waktu dinihari.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dituduh keluar rumah waktu dinihari semasa 'circuit breaker' atas tujuan sosial

Gambar fail Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 23 Jun 2020 03:51PM Dikemas Kini : 23 Jun 2020 03:53PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun dituduh meninggalkan rumahnya tanpa sebab yang munasabah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk berjumpa dengan beberapa orang lain ketika waktu dinihari.

Justin Ong Jia Hao, 20 tahun, didakwa pada Selasa (23 Jun) dengan dua tuduhan meninggalkan rumahnya tanpa alasan munasabah dan dua lagi tuduhan berjumpa dengan beberapa orang lain atas tujuan sosial.

Menurut kertas pertuduhan, Ong melanggar Peraturan 6 daripada Akta COVID-19 untuk berjumpa dengan rakan-rakannya sebanyak dua kali secara berasingan.

Dia dituduh meninggalkan flatnya di Bedok North dari 1.00 pagi hingga 5.00 pagi pada 25 April untuk bersembang dengan rakan-rakannya dan menunggang alat mobiliti peribadi (PMD) di Marina Bay Sands, Mount Faber serta Lower Delta Road.

Pada 3.47 pagi pada hari yang sama, dia didakwa berjumpa 15 orang lain di Lower Delta Road, juga untuk bersembang dan menunggang PMD secara berkumpulan.

Kesemua 15 individu adalah: Nur Muhammad Danish Safhuda Safar Rudin, Izzati Nadirah Ibrahim, Karthik Naidu Balakrishnan, Fadhl Ahmad Rosli, Nurezaharni Abdul Razak, Muhammad Sahil Mohd Ali, Misha Nur Rasyana Rashid, Muhammad Husain Khamis, Sayyidina’ali Safri, Angel Lim Shu Huay, Muhammad Izwan Mohd Sidek dan empat penunggang lain yang identiti mereka belum dikenal pasti.

Sebilangan daripada 15 orang itu termasuk Danish dan Izzati didakwa minggu lalu.

Lebih sebulan selepas kumpulan itu berkumpul, Ong didakwa meninggalkan flatnya sekali lagi pada 30 Mei.

Dia dituduh keluar rumah sekitar 2.00 pagi untuk berjumpa dengan Angel Lim Shu Huay, yang juga dinamakan dalam kertas pertuduhan berhubung insiden PMD itu, di kawasan awam di belakang stesen Laluan Downtown di Central Boulevard.

Ong akan kembali menghadap mahkamah untuk mengaku bersalah pada 21 Julai.

Bagi setiap tuduhan melanggar peraturan COVID-19, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan