Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh ceroboh bilik universiti untuk curi mainan seks

Seorang lelaki berusia 27 tahun dituduh menceroboh sebuah bilik di universiti untuk mencuri mainan seks. Dia kembali ke bilik yang sama beberapa bulan kemudian untuk "bermain" dengan mainan seks itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dituduh ceroboh bilik universiti untuk curi mainan seks

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 12:58PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 01:00PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 27 tahun dituduh menceroboh sebuah bilik di universiti untuk mencuri mainan seks. Dia kembali ke bilik yang sama beberapa bulan kemudian untuk "bermain" dengan mainan seks itu.

Lelaki tersebut, yang namanya serta lokasi yang tepat tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah demi melindungi identiti mangsa, dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan bagi kes tersebut pada Isnin (30 Nov).

Dia berdepan dengan empat tuduhan: Dua tuduhan menceroboh, satu tuduhan mencuri dan tuduhan keempat pula kerana menghantar mesej yang berunsur penghinaan kepada mangsa menerusi aplikasi Telegram.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki tersebut mencerobohi sebuah bilik di kampus universiti pada dua insiden berasingan antara 3 dengan 9 Jan tahun lalu, dengan niat untuk melakukan kesalahan mencuri 'mainan seks'.

Dia dipercayai mencuri mainan seks berwarna merah jambu dan berharga S$40 daripada bilik tersebut.

Lelaki berkenaan juga dituduh menceroboh bilik yang sama pada 18 Jul tahun lalu, dengan niat untuk menyakitkan hati penghuni bilik tersebut dengan "menggeledah barangannya dan bermain dengan mainan seks mangsa".

Pada malam itu, dia dipercayai menggunakan kata-kata yang menghina mangsa menerusi Telegram, menyebabkan mangsa berasa terkejut.

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Januari. Jika sabit kesalahan menceroboh, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah kerana mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda. Jika sabit kesalahan menghantar mesej yang menghina dengan niat untuk mencetuskan rasa cemas, dia boleh dipenjara sehingga lapan bulan, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan