Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh bunuh ibu, hadapi dakwaan baru bunuh nenek

Seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya menerima tuduhan baru hari ini (18 Nov) kerana membunuh neneknya.SINGAPURA: Seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya menerima tuduhan baru hari ini (18 Nov) kerana membunuh neneknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dituduh bunuh ibu, hadapi dakwaan baru bunuh nenek

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 06:02PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 06:05PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya menerima tuduhan baru hari ini (18 Nov) kerana membunuh neneknya.

Gabriel Lien Goh, 22 tahun, tampil melalui pautan video di Mahkamah Negara untuk menerima tuduhan baru membunuh neneknya berusia 90 tahun.

Gabriel didakwa bulan lalu membunuh Lee Soh Mui, 56 tahun di Blok 7A Commonwealth Avenue pada 27 Oktober.

Goh berkata: "Saya ingin meminta maaf kepada saudara-mara ibu dan nenek saya. Saya ingin menjelaskan. Kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. Saya tidak dapat mengawal tindakan saya dan saya tidak pernah berniat untuk melakukan perkara itu."

Mahkamah Daerah Terence Tay memintanya henti berbicara dan memberitahunya, dia mungkin mahu mengemukakan butiran itu nanti, sekiranya dia mendapatkan peguam.

Pihak pendakwa berkata Institut Kesihatan Mental telah meminta tahanan reman dilanjutkan.

Hakim mengarahkan Goh ditahan reman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi dan kembali ke mahkamah pada 25 November.

Goh ditangkap pada waktu malam, 27 Oktober setelah dua wanita ditemui mati di sebuah blok di Commonwealth.

Pakar paramedik mengesahkan kedua-dua wanita mati di tempat kejadian.

Ia merupakan kes pembunuhan kedua pada hari tersebut, dengan seorang lelaki berusia 63 tahun ditemui mati di Ang Mo Kio pada sebelah pagi. Seorang wanita berusia 54 tahun ditangkap berhubung kes itu, dan didakwa membunuh lelaki berkenaan.

Jika didapati bersalah membunuh, Goh boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan