Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh beri wanita pil tidur di poliklinik didakwa lakukan kesalahan sama ke atas 2 mangsa lain

Seorang lelaki, yang sedang berdepan dakwaan memberikan ubat tidur kepada seorang wanita di sebuah poliklinik dengan niat mencuri daripadanya, pada Khamis (10 Okt) dikenakan dua tuduhan baru melakukan hal serupa kepada dua mangsa lain untuk mencuri.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dituduh beri wanita pil tidur di poliklinik didakwa lakukan kesalahan sama ke atas 2 mangsa lain

Petikan gambar Poliklinik Queenstown di 580 Stirling Road dari Google Street View.

Diterbitkan : 10 Oct 2019 04:19PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 04:23PM

SINGAPURA: Seorang lelaki, yang sedang berdepan dakwaan memberikan ubat tidur kepada seorang wanita di sebuah poliklinik dengan niat mencuri daripadanya, pada Khamis (10 Okt) dikenakan dua tuduhan baru melakukan hal serupa kepada dua mangsa lain untuk mencuri.

Oh Koon Shin, 58 tahun, dikenakan dua tuduhan baru menyebabkan dua orang mengambil ubat tidur awal tahun ini dengan niat untuk mencuri daripada mereka.

Dia dituduh membuat Tng Kwee Huay mengambil Zopiclone iaitu sejenis ubat tidur pada sekitar 9.00 pagi, 31 Ogos lalu.

Insiden tersebut dikatakan berlaku di sebuah kawasan terbuka di hadapan Blok 318A Jurong East Avenue 1. Tertuduh melakukan demikian untuk mencuri daripada wanita tersebut, menurut dokumen mahkamah.

Seminggu kemudian pada 6 September, Oh didakwa membuat Ang Poh Choo mengambil Zopiclone sekitar jam 9.00 pagi di Queensway, juga dengan niat untuk mencuri daripada mangsa.

Sebelum ini, Oh didakwa memberikan pil ubat tidur yang sama kepada Ng Phek Huay pada 9 September lalu di Poliklinik Queenstown.

Menurut dokumen mahkamah, selepas memberikan pil ubat tidur kepada ketiga-tiga wanita berkenaan, dia mencuri wang tunai dan barang berharga daripada mereka.

Oh dituduh mencuri S$2,500 daripada Cik Ng, sebuah dompet, gelang emas dan kunci rumah daripada Cik Tng serta rantai jed, cincin, wang tunai, kad EZ-Link Generasi Perintis dan barangan berharga lain daripada Cik Ang.

Oh adalah suspek dikaitkan dengan satu kes yang ditular menerusi satu catatan Facebook di mana seorang wanita berkongsi bahawa neneknya diberi ubat tidur dan dirompak semasa di poliklinik.

Jika didapati bersalah, di boleh dijatuhi hukumun penjara sehingga 10 tahun dan didenda. Oh tidak boleh dikenakan sebatan rotan kerana usianya melebihi 50 tahun.

Hukuman bagi mencuri adalah penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan