Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap selepas lompat, hentak kaki atas cermin kereta pemandu Grab

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap hari ini (6 Mei) selepas dia melompat ke atas sebuah kereta berdekatan kelab ENVY di Sentosa Gateway pagi semalam (5 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap selepas lompat, hentak kaki atas cermin kereta pemandu Grab

(Gambar: Belleiansa Xu/ Facebook)

Diterbitkan : 06 May 2018 08:22PM Dikemas Kini : 06 May 2018 08:23PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap hari ini (6 Mei) selepas dia melompat ke atas sebuah kereta berdekatan kelab ENVY di Sentosa Gateway pagi semalam (5 Mei).

Polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang kes perbuatan terburu-buru itu pada sekitar 3.00 pagi semalam (5 Mei). Polis kemudian menahan lelaki berusia 26 tahun itu.

Seorang pengguna Facebook, Belleiansa Xu, memuat naik video dan gambar-gambar yang menunjukkan lelaki berkenaan berlari ke arah bahagian depan kereta lalu memanjat bonet dan menghentak kakinya pada cermin depan kenderaan tersebut.

Melalui catatan Facebook itu juga, pengguna berkenaan berkata bahawa insiden itu berlaku pada bapanya, seorang pemandu Grab berusia 72 tahun. Beliau kemudian merayu kepada orang ramai untuk memberi maklumat tentang lelaki berkenaan.

"Apakah anda tidak ada kerja lain selain membuli seorang pemandu Grab berusia 72 tahun? Ayah saya tidak melakukan apa-apa untuk menganggu anda," tulis beliau. "Anda melompat di atas keretanya dan rakan anda juga berteriak, 'kami sudah meminta maaf, apa lagi yang anda inginkan?'," tambah beliau.

"Oleh kerana bimbang akan keselamatannya, ayah saya terus memandu pergi dari situ dan tidak ingin berdepan dengan mereka."

Dalam catatan Facebook terkininya hari ini (6 Mei), pengguna Facebook itu mengatakan bahawa pelaku tersebut sudah diberkas polis.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas "respons menggalakkan". Beliau turut berkata bahawa beliau menerima banyak panggilan dari orang ramai yang menawarkan bantuan", tambah beliau.

Lelaki berusia 26 tahun itu akan didakwa esok (7 Mei).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan